8 Pusat Membeli-belah yang Besar Beserta Tarikan Utamanya

8 Pusat Membeli-belah yang Besar Beserta Tarikan Utamanya

 

8. Siam Paragon


Siam Paragon merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Thailand. Terdapat pelbagai jenis kedai dan restoran serta panggung wayang, Siam Ocean World Aquarium, Thai Art Gallery dan pentas opera ditempatkan di sana. Terdapat juga pusat karaoke dan tempat bermain boling yang besar di dalam bangunan tersebut.

 

7. Berjaya Times Square

Berjaya Times Square sudah pasti merupakan sebuah pusat membeli-belah yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia. Terletak di Kuala Lumpur , Berjaya Times Square adalah kompleks menara berkembar yang mengandungi pusat membeli-belah dan dua hotel bertaraf 5 bintang. Dengan 7.5 juta kaki persegi (700,000 m²) kawasan lantai yang dibina, ia kini merupakan bangunan kelima terbesar di dunia.

 

Pusat membeli-belah inj mempunyai lebih kurang 1,000 kedai dan 65 restoran dan pelbagai tarikan hiburan seperti taman tema tertutup fi Asia, Cosmo’s World dan teater 3D IMAX 2D & 3D Malaysia yang terletak di Tingkat 10.

 

6. Istanbul Cevahir

 

Terletak di bahagian Eropah Istanbul di Turki, pusat membeli-belah dan hiburan Cevahir dibuka pada tahun 2005. Ia merupakan pusat membeli-belah terbesar di Eropah.Terdapat 343 kedai, 34 restoran makanan segera dan 14 restoran eksklusif di pusat membeli-belah ini. Antara kemudahan lain yang terdapat di bangunan ini adalah pentas besar untuk acara, 12 bioskop, dewan bowling, roller coaster kecil dan beberapa kemudahan hiburan lain.

5. SM Megamall

 

SM Megamall di Metro Manila merupakan salah sebuah pusat membeli-belah terbesar di Filipina. Pusat membeli-belah ini telah dibuka pada tahun 1991, dan terdiri daripada 2 bangunan utama. Pusat membeli-belah ini kini dalam proses pengubahusaian dan pengembangan utama. Apabila pengubahsuaian tersebut telah siap, ia akan menjadi pusat membeli belah terbesar di Filipina.

 

4. West Edmonton Mall

West Edmonton Mall di Edmonton, Alberta Kanada, memiliki lebih kurang 800 kedai dan pusat perkhidmatan. Pusat membeli-belah ini memiliki taman tema tertutup terbesar di dunia, taman tema air tertutup terbesar di dunia dan juga kawasan meluncur ais. Ia juga mempunyai kawasan permainan golf mini 18-hole dan pusat bermain boling.

 

3. Dubai Mall

Dubai Mall adalah sebahagian daripada kompleks Burj Khalifa, struktur buatan manusia tertinggi yang pernah dibina. Pusat membeli-belah ini mengandungi lebih daripada 1,200 kedai termasuk kedai gula-gula terbesar di dunia, gelanggang ais, pusat permainan SEGA (memaparkan permainan bowling 3D), hotel mewah 5 bintang, 22 skrin pawagam serta 120 restoran dan kafe. Ia juga mempunyai salah satu akuarium terbesar di dunia.

2. SM Mall of Asia

 

SM Mall of Asia di Metro Manila, Filipina, telah dibuka pada tahun 2006 dan terdiri daripada 4 bangunan utama. Salah satu tarikan utama mall ini adalah teater IMAX dengan salah satu skrin 3D terbesar di dunia. Pusat membeli-belah ini juga mempunyai gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik.

 

  1. Central World

Sumber : Iluminasi

Kembali ke Atas