Wanita Ini Letak Jawatan Sebagai Kakitangan Awam Selepas 10 Tahun Bekerja Demi Anak. Ini Pesanan Beliau

” Puan  Fatiha – Saya bekerja di sektor awam selama 10 tahun,  selepas mempunyai anak serta diuji dengan kesihatan anak yang selalu demam, saya juga sering mengambil cuti untuk menjaga anak. Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja agar lebih banyak masa untuk anak-anak.

Saya ambil 6 bulan cuti tanpa gaji dan barulah selepas itu meletakkan jawatan. Sempat juga berniaga kecil-kecil bagi menampung perbelanjaan keluarga. Alhamdulillah, ianya keputusan yang tepat, saya juga merasa lebih tenang. Rezeki ada di mana-mana

berhenti kerja untuk jaga anak

Ada banyak faktor atau kisah di sebalik keputusan seorang ibu yang mahu meletakkan jawatan dan berhenti kerja. Faktor kesihatan anak serta  kesukaran mendapatkan pengasuh yang baik menjadi titik tolak utama bagi kebanyakan wanita untuk berhenti kerja.

Ianya bukanlah satu keputusan yang mudah apatah lagi sekiranya kedudukan kewangan keluarga masih tidak begitu kukuh.

Buat ibu bekerjaya yang merancang untuk berhenti kerja, ada 7 langkah penting untuk anda laksanakan :

1. Beritahu Suami

Suami adalah orang pertama yang paling rapat serta memahami diri kita sebagai isteri dan ibu. Nyatakan betapa sukarnya kita mengharungi hari-hari bekerja dengan perlu meninggalkan anak. Luahkan segala emosi yang menjadi titik tolak kita mahu berhenti kerja.

 

2. Lihat Kedudukan Kewangan Keluarga

Sebagai isteri meskipun tidak wajib kita menanggung perbelanjaan keluarga namun harus dilihat segala komitmen kewangan yang ada dan perlu dilunaskan setiap bulan. Bayar mana-mana hutang yang boleh diselesaikan dengan segera seperti pinjaman peribadi, pinjaman pelajaran dan kad kredit.

 

3. Simpanan Untuk Tabung Kecemasan.

Pastikan simpanan wang tunai yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan pertama selepas kita berhenti kerja. Perkara kecemasan terutama melibatkan kesihatan diri dan keluarga harus diberi keutamaan.  Simpanan fizikal seperti rumah, tanah dan sebagainya dikecualikan memandangkan sukar untk mendapatkan tunai dengan segera. Perlu diingat, apabila sudah berhenti nanti, kemudahan panel perubatan juga tiada.

 

4. Ambil Cuti Tanpa Gaji

Kemudahan cuti tanpa gaji bagi menjaga anak-anak boleh digunakan sebagai tindakan segera dan juga tempoh percubaan bagi ibu menyesuaikan diri- tanpa kerjaya serta tanpa wang gaji setiap bulan. Malah ianya seumpama tempoh bertenang bagi melihat kekuatan diri sebelum bergelar suri rumah tangga sepenuh masa.

 

kerja dari rumah

 

5. Sertai Kumpulan Ibu Yang Sudah Berhenti Kerja

Libatkan diri dengan menyertai kumpulan-kumpulan sokongan yang sesuai di media sosial, terdapat banyak kumpulan seperti WAHM ( Working AT Home Mother’s), SAHM ( Stay At Home Mother’s). Kita dapat belajar dari pengalaman orang lain, bercerita serta bertanya kepada mereka yang terlebih dahulu melaluinya.

 

 6. Perancangan Masa Depan.

Berbincang dengan suami apakah perancangan keluarga dan kewangan setelah anda sudah tidak bekerja nanti. Antara tindakan drastik yang boleh diambil contohnya menjual salah satu kereta bagi mengurangkan komitmen bulanan.

 

7. Bersedia Dengan Jawapan Atau ‘Story’ Anda.

Anda harus bersedia dengan soalan yang akan ditanya oleh rakan sekerja dan keluarga. Usah berselindung, kongsikanlah cerita sebenar yang membuatkan anda mengambil keputusan sebegini.

Menjadi seorang surirumah yang sedia mengorbankan kerjaya demi anak-anak adalah satu keputusan yang berani dan mulia. Ceritakan dengan nada bersemangat dan gembira, bukan dengan intonasi lemah dan tidak bermaya.

Percayalah keikhlasan anda mengorak langkah akan disokong oleh mereka.

 

Kata Puan Fatiha ” Ayah saya hanya tahu saya sudah resign setahun selepas itu, itupun sebab bisnes saya sudah semakin maju dan orang TV serta newspaper sudah panggil…hihi

 

LIKE Pamapedia di SINI 

 

Kembali ke Atas