Kalau dah memang tahu punca sebenar berat naik, senanglah cerita. Tapi masih ada yang keliru bila mana berat naik secara tiba-tiba. Nak kata banyak makan tak juga, namun sedar atau tidak, sebenarnya rutin harian yang korang lakukan juga main peranan besar dalam meningkatkan berat badan.
Aktiviti-aktiviti malam yang sering dilakukan harus dipantau dengan segera kerana rupa-rupanya ada sebahagian rutin yang dilakukan boleh menjadi punca masalah kenaikan berat badan.
Jom semak 12 rutin malam yang sering dilakukan tanpa sedar sebenarnya boleh mengundang padah.
1. Tidak cukup tidur
Kesan:
• Merendahkan metabolisme badan
• Bila dah tak tidur perut pun mula lapar. Jadi apa lagi? Makan di waktu tengah malam
• Oleh sebab terlalu letih, maka aktiviti bersenam pun tidak dapat dilakukan
Cadangan:
Dapatkan tidur yang baik, sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Ada yang tidak tidur malam tetapi mereka memilih untuk tidur pada waktu siang. Elakkan daripada melakukan perkara ini. Cuba dapatkan tidur yang berkualiti pada malam hari.
2. Makan banyak sewaktu dinner
Kesan:
• Makan makanan berat dengan kuantiti yang banyak pada waktu malam dapat memperlahankan sistem penghadaman.
• Tabiat makan sambil menonton televisyen juga mendorong korang untuk makan secara berlebihan.
Cadangan:
Pilih makanan yang bersederhana. Sumber protein dan fiber (sayur-sayuran) sudah memadai.
3. Lepas makan terus tidur
Kesan:
• Menjadikan sel-sel lemak dalam badan kian bertambah
• Menghadapi masalah penghadaman
Cadangan:
Ambil makan malam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu tidur.
4. Makanan bergoreng sewaktu dinner
Kesan:
• Mengandungi terlalu banyak kalori dan tidak mampu dibakar dengan cepat
• Menambahkan sel lemak dalam badan
• Tidak dapat tidur nyenyak
Cadangan:
Ambil makanan yang dibakar, panggang atau kukus. Lebih sihat bukan?
5. Makan makanan pedas
Kesan:
• Makanan pedas boleh mengganggu masalah penghadaman
• Masalah tidur yang tidak nyenyak
• Makanan pedas boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati
Cadangan:
Makanan pedas sebenarnya bagus untuk meningkatkan tahap metabolisme badan, tetapi elakkan makanan-makanan ini pada waktu malam untuk tidak mengganggu sistem penghadaman sebelum tidur.
6. Sumber karbo untuk makan malam
Kesan:
• Memberi extra energy yang tidak diperlukan semasa korang sedang tidur
• Makanan sumber karbohidrat mempunyai tahap kandungan gula yang tinggi dan harus dibakar sebelum tidur. Korang sanggup ke nak bersenam dulu sebelum tidur?
Cadangan:
Makan malam digalakkan mengambil sumber daripada protein dan fiber sahaja.
7. Menikmati dessert di waktu malam
Kesan:
• Gula putih dan tepung akan bertukar menjadi sel lemak
• Kalori daripada makanan bergula itu tidak dapat dibakar pada waktu malam
Cadangan:
Ambil saja buah-buahan sebagai pencuci mulut. Namun, dalam kadar yang kecil ya kerana buah juga mempunyai sumber gula yang boleh menyukarkan sistem pembakaran lemak semasa tidur.
8. Kunyah snack selepas makan malam
Kesan:
• Makan secara berlebihan pada waktu malam adalah tidak baik
• Memberi extra energy untuk korang ‘berjaga’ malam
Cadangan:
Elakkan mengambil roti, cookies atau apa saja manisan selepas dinner. Untuk supper, pilih makanan yang light dan sihat, tidak melebihi 200 kalori. Contohnya, minum susu low fat atau makan beberapa biji kekacang.
9. Tidak makan malam
Kesan:
• Ia tidak langsung membantu korang untuk menurunkan berat badan, malah skip meals boleh memperlahankan kadar metabolisme badan.
• Menjadikan tahap kelaparan yang berganda untuk keesokan harinya
• Kehilangan tisu otot dan kulit menjadi kendur (tidak sihat)
Cadangan:
Jika memang sudah benar-benar tidak sempat untuk makan malam, atleast get some food untuk alas perut.
10. Minum kafein
Kesan:
• Memberi kesan pada waktu tidur
• Tinggi kalori
Cadangan:
Pilih minuman seperti susu panas sebagai pengganti kafein.
11. Menggunakan handphone atau laptop sebelum tidur
Kesan:
• Cahaya yang terpancar pada gadget tersebut dapat memberi kesan pada kesihatan
• Gelombang frekuensi juga boleh menyebabkan kekurangan tidur
Cadangan:
Gunakan devices tersebut sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Amalkan membaca buku atau mendengar relaxing music untuk membuang habit melihat telefon atau online sebelum tidur.
12. Tidur lewat
Kesan:
• Sering tidur lewat dapat meningkatkan berat badan kerana ia bukanlah kitaran hidup yang normal. Waktu malam digunakan untuk berehat dan tidur, bukannya untuk berjaga hingga lewat pagi.
Cadangan:
Masuk tidur sebaik saja korang mula rasa mengantuk. Jika tidak, lakukan aktiviti fizikal yang ringan dan selepas itu badan akan mula letih dan mula rasa ngantuk.