Sajian Ini Rahsia Wanita Cina Tampil Sihat, Anda Pun Patut Cuba!

Sajian Ini Rahsia Wanita Cina Tampil Sihat, Anda Pun Patut Cuba!

Pemakanan merupakan salah satu faktor penting yang menentukan tahap kesihatan seseorang. Daripada amalan pemakanan yang baik juga individu berkenaan mempunyai kesihatan yang bagus sekali gus memancarkan kecantikan semula jadi. Kandungan nutrisi sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai mineral dan zat penting sewajarnya menjadi menu pilihan harian buat anda.
Singkap rahsia bagaimana masyarakat Cina kekal sihat dan cantik dengan mengamalkan menu ini. Selamat mencuba!

STIR FRIED LOTUS ROOT, HONEY BEAN & WOLFBERRIES

Bahan-bahan utama:
113 gram kacang pis madu
113 gram akar teratai
½ sudu besar buah goji beri
4 biji sengkuang Cina (dikupas & dipotong separuh memanjang)
2 biji cendawan telinga kera
½ sudu makan bawang putih (dihiris halus)

Bahan-bahan perasa:
½ sudu teh garam
¼ sudu teh gula
Bahan-bahan untuk membuat sos:
4 sudu besar air
4 sudu besar jus abalone
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh gula
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh tepung jagung

Cara membuat:
Cuci dan bersihkan kacang pis. Kemudian, tos dan goreng sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.

Seterusnya, kupas kulit akar teratai dan dipotong bulat.

Rendam buah goji beri dan cendawan telinga kera hingga lembut.

Masukkan kedua-duanya dalam air mendidih.

Bubuh ½ sudu teh garam dan masak seketika sebelum diangkat.

Sesudah itu, panaskan kuali berisi minyak dan goreng bawang putih dengan api perlahan sehingga naik bau.

Masukkan akar teratai, cendawan telinga kera dan sengkuang Cina.

Goreng semuanya. Sementara menunggu bahan tadi masak, sediakan bahan membuat sos dengan mencampurkan jus abalone, air, minyak bijan, tepung jagung, garam dan gula secukupnya.

Tuang ke dalam masakan sebelum diletakkan kacang pis dan buah goji beri. Kacau sebati dan hidangkan.

 

Kembali ke Atas