Seorang FoodPhotographer Berkongsi Enaknya Rasa Aiskrim Itali. Gelato Bukannya Gelatin?

Perkongsian ini kami dapat daripada facebook Tuan Din Zainal. seorang photographer yang terkenal dengan hasil kerja foodphotography yang cantik dan menakjubkan.

cuppahalwa din zainal

Kisah Cuppa Halwa & Gelato :

Siapa peminat Italian ice cream?

Ada satu outlet Italian ice cream, Cuppa Halwa baru dibuka di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju.

Sambil bincang pasal kerja dengan ownernya tadi, beliau cerita sikit kelebihan italian ice cream (ais krim dalam bahasa Itali bermaksud ‘gelato’) ni berbanding ais krim biasa yang dibeli di kedai.

Aiskrim biasa diperbuat menggunakan lemak yang agak tinggi (minimum 10%), sementara gelato mengandungi lemak yang rendah, kerana ia digantikan dengan whole milk dan krim.

cuppahalwa2

Kandungan selebihnya pula ialah buah-buahan asli, pistachio (fevret saya), coffee beans, watermelon, strawberi, mangga dan kandungan lain yang diperlukan untuk menghasilkan gelato mengikut perisa yang berlainan.

cuppahalwa1

Lebih banyak lemak dimasukkan, lebih lama ia boleh bertahan. Ada ais krim yang boleh bertahan sehingga berbulan-bulan lamanya. Walaupun tahan lama, kandungan lemak yang tinggi akan menyebabkan keaslian perisa asalnya berkurangan.

Gelato pula hanya boleh bertahan paling lama pun 3 hari. Namun yang bestnya ialah, bila makan terasa sungguh perisanya. Kalau perisa strawberi, memang akan rasa macam makan strawberi yang segar.

Jus strawberi aslinya yang melimpah di dalam mulut memaksa kita menelannya perlahan-lahan supaya kesedapannya boleh dinikmati lebih lama. Gitu.

cuppahalwa3

Ada sesetengah perisa gelato diperbuat dengan tidak memasukkan lemak langsung. So, ia satu alternatif terbaik kepada yang suka makan ais krim tapi fobia melihat jarum penimbang berat, hihi.

Kata pemilik Cuppa Halwa pula :

Gelato tu bukan gelatin. Gelato tu bahasa Itali. Maknanya? Aiskrim!!!

Sangat sesuai bawa anak-anak ke sini. Nyummm, terbayang rasa aiskrim dan gelato yang mewah, ditaburi strawberi dan pistachio.

Perkongsian daripada facebook Tuan Din Zainal 
Foodphotography beliau boleh dilihat di  snapmyfood.tumblr.com

LIKE Pamapedia di SINI 

Kembali ke Atas