Kekal Cergas Dengan Tersayang

Kekal Cergas Dengan Tersayang

Memiliki keluarga yang sihat dan bebas dari penyakit adalah sesuatu yang diidamkan buat semua golongan ibu. Hanya luangkan masa selama satu jam anda boleh memastikan anak anda sihat dengan melakukan aktiviti bersama mereka. Antara yang boleh anda lakukan bersama keluarga ialah:


• Berbasikal

Aktiviti ini lebih berbaloi jika setiap dari ahli keluarga memiliki basikal masing-masing. Memerlukan sedikit kos untuk membeli kelengkapan keselamatan dari atas sampai ke bawah tetapi ianya amat manfaat untuk kecergasaan dan mengeratkan keluarga.


• Jogging
Aktiviti yang mudah dan lebih jimat untuk dilakukan bersama keluarga. Pakaian sukan yang sesuai dan kasut sukan yang selesa amat diperlukan untuk memudahkan pergerakan. Jika satu keluarga telah biasa dengan rutin ini cuba pula untuk ikuti maraton yang dianjurkan untuk lebih keseronokan sambil bersenam.


• Badminton
Aktiviti yang menarik dilakukan bersama keluarga dan memerlukan sedikit kos untuk membeli alatan seperti raket, bola tangkis, kasut dan sebagainya. Ia juga memerlukan ruang yang agak luas dan mungkin anda perlu menyewa gelanggang badminton akan tetapi ia sukan yang amat menyeronokkan dan mampu merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.


• Berenang
Aktiviti yang memerlukan kos yang minima dan anda mungkin perlu untuk ke kolam renang awam jika tidak memiliki kolam sendiri. Hanya perlukan pakaian yang sesuai untuk berenang dan anda sudah boleh untuk terjun ke dalam kolam bersama keluarga.

Kembali ke Atas