Tip Memastikan Rahim & Faraj Yang Sihat Sepanjang Usia
Tip Memastikan Rahim & Faraj Yang Sihat Sepanjang Usia
1. Mandi serum
Adalalah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat.
Maka daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
Daun pandan
Daun limau purut
Daun serai wangi
Daun mengkudu
Daun kunyit
Halia
Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit.
Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan.
2. Bertangas
Tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ini agak leceh. Sebenarnya senang senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.
Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.
Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.
Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat baik. Segala toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih dan manjakani
Tangas kering pula manjakani dan kunyit dan halia da halba dan perahan limau.
3. Rendaman faraj.
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit, sirih danmanjakani.
Tunggu air agak suam. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.
Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah. Antara rajin atau tidak sahaja, Antara mahu atau tidak sahaja. Tiada siapa memaksa,nak lebih usaha perlu lebih.
Tapi apa pun berjamu untuk dalaman jangan lupa.
Sumber : Petua ibu