3 Cara Mudah Bantu Redakan Anak Kecil Yang Sembelit. #1 Belajar Urutan Perut

” Anak saya berusia 17 bulan. Disebabkan dia selalu lapar, saya telah memberi anak makan bijirin bayi yang dimasukkan ke dalam susunya sejak berumur tiga bulan. Sekarang, setiap kali buang air besar, dia selalu menangis kerana sembelit. Adakah masalah ini disebabkan oleh pengambilan bijirin tersebut?”

Makanan bayi sejak lahir hingga enam bulan yang terbaik adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi nutrient yang lengkap untuk bayi pada ketika itu. Makanan bijirin ataupun pejal yang lain tidak sesuai untuk bayi semuda itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hal ini kerana pada usia itu, bayi masih tidak mampu untuk menelan dan menghadam makanan. Keadaan ini juga ada kaitan dengan ketidakmampuan bayi untuk memecah molekul kompleks daripada makanan karbohidrat seperti bijirin kepada molekul kecil untuk penyerapan di usus seterusnya akan membebankan usus bayi dan menyebabkan ketidakselesaan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, boleh cuba tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang dikisar ke dalam diet bayi. Juga diingatkan agar puan meningkatkan pemberian cecair untuk memudahkan pergerakan usus dan dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.

Selain itu, cara-cara seperti mengurut perut bayi ikut arah jam, memandikan bayi dengan air suam dan membuat gerakan seperti berbasikal dengan kaki bayi juga dapat merangsangkan pergerakan usus dan melegakan masalah sembelit.

Lihat video ini untuk urutan melancarkan sistem penghadaman bayi :

Kembali ke Atas