Gosok Gigi Si Cilik

Gosok Gigi Si Cilik

Cubalah mendidik anak untuk memberus gigi seawal umur setahun lagi dan ianya bukanlah sesuatu yang sukar. Menjadi lumrah untuk anak mengigit apa saja objek yang dimasukan ke dalam mulut dan adakalanya mereka tidak mahu untuk membuka mulut langsung. Gunakan beberapa tips mudah ini untuk mendidik anak anda menjaga gigi mereka daripada rosak .

• Pilih berus gigi yang sesuai.


Gunakan berus gigi yang lembut yang sesuai dengan peringkat umur mereka dan gunakan ubat gigi yang pelbagai perisa untuk menarik minat mereka.
• Biarkan mereka memilih.
Biarkan mereka untuk memilih warna berus gigi mereka dan perisa kegemaran mereka untuk digunakan, sebagai tambahan letakkan berus gigi dalam bekas yang comel serta mudah dicapai.
• Berus gigi bersama mereka.


Luangkan masa untuk berus gigi bersama mereka dan berikan perhatian kepada mereka agar mereka sedar tentang kepentingan menggosok gigi.
• Nyanyikan lagu.
Cipta lagu yang menarik untuk mereka hafal dan nyanyikan bersama, seperti cipta lagu tentang teknik menggosok gigi yang betul.
• Bawa berjumpa dengan doktor gigi.


Bawa mereka berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk mengetahui tentang status kesihatan gigi mereka, berkemungkinan mereka akan lebih mendengar nasihat dari orang lain.

Kembali ke Atas