5 Resepi Berasaskan Pisang Untuk Sarapan Pagi. Sungguh Menyelerakan !!

Pisang adalah salah satu buah-buahan yang paling banyak dijadikan pelbagai resepi. Ianya menyihatkan, kaya dengan zat besi, memberikan tenaga malah mudah disediakan.

Lihat beberapa koleksi resepi yang mudah dan sedap khas buat sarapan pagi. Pastinya enak dijadikan bekal buat anak-anak ke sekolah.

1. Cekodok Pisang Gebu

cekodok pisang

Bahan-bahan:

8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.

Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang.
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

 2. Pancake Pisang versi moden

pancake pisang

 Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan

Topping:

Pisang
Madu atau maple syrup
Gula Perang
Butter

Cara Penyediaan:

Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.

Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.

Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
Adunan ini menghasilkan 9 – 10 keping pancake.

Untuk topping : panaskan satu sudu besar butter + masukkan 1 sudu besar gula perang. Cairkan keduanya dan masukkan potongan pisang. Masak sedikit agar pisang disaluti gula perang. Jangan dibiarkan hangit. Enak juga dimasukkan taburan badam cincang.

Cadangan lain untuk topping – potong pisang dan tuang maple syrup atau madu.

3. Lempeng Pisang Kelapa

lempeng pisang kelapa

Bahan-bahannya:

10-20 biji pisang awak/emas – dibuang kulitnya & dilenyek – boleh guna pisang emas
3 camca besar susu pekat – boleh ganti dengan gula

Pilih pisang masak ranum
(ikut selera kalau dah cukup dengan manis pisang pun dah kira ok.. )
1/2 cawan kelapa parut putih
2 susu teh garam
3/4 cawan tepung gandum
daun pisang dibersihkan dan dipotong saiz sejengkal

Cara-cara :

Lecek pisang hingga lumat. Masukkan susu pekat, garam & gaul hingga sebati.
Masukkan kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata dan rehatkan 5 minit.
Panaskan kuali leper, sendukkan adunan tadi ke dalam daun pisang – menjadi lempeng lebih kurang 1 cm dan masakkan.
Balikkan dan masak lagi hingga kuning ke-emasan.
Bila masak, angkat dan hidangkan.

4. Apam Pisang Mudah

apam pisang

Bahan-bahan:

1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara-cara:

1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Sumber: Che Amie

5. French Toast Pisang / Roti Gulung Pisang

french toast pisang nutella

Bahan-bahan

3 biji pisang ( belah dua jika mahu digulung dalam roti/potong kecil untuk frech toast)
6 keping roti

Bahan celupan:

2 butir telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula pasir
75 ml susu cair
50 gram mentega untuk menumis

Cara Membuat Banana Roll French Toast:

Pukul telur bersama garam, dan gula pasir. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil diaduk rata.
Celup roti satu per satu. Letakkan pisang. Gulung.
Gorengkan dengan mentega yang sudah dipanaskan sehingga keemasan.

french toast pisang sedap

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enak dimakan dengan sos coklat atau letak sahaja nutella !!

Ada resepi enak yang mahu dikongsi bersama pembaca Pamapedia? emailkan pada kami di pamapedia@gmail.com

LIKE Pamapedia DI SINI 

 

Kembali ke Atas