7 TIPS Jadi Lebih Kurus Dan Tinggi Untuk Wanita Bentuk Badan ‘Pear’

Pernah tak bila menyarungkan jeans atau seluar ianya tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang??

1-2
Itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear. Cuba bayangkan buah pear. Ianya tirus di bahagian atas dan melebar di bahagian bawah. Wanita dengan bentuk badan pear tidak semestinya gemuk dan rendah sahaja. Anda yang kurus tinggi juga boleh memiliki bentuk badan pear.

dress-well-when-youre-overweight-step-13
Rata-rata wanita di Malaysia mempunyai bentuk badan Pear. Bentuk badan begini lebih lebar di bahagian bawah pinggang, iaitu di bahagian pinggul dan paha. Bentuk badan yang dahulunya runcing ketika anak dara boleh berubah selepas melahirkan anak.
Ada beberapa tips berpakaian bagi anda yang berbadan pear, untuk tampak lebih kurus dan tinggi.

1. Elakkan baju dengan ropol-ropol atau corak yang sarat di bahagian pinggul atau paha. Fokus mata akan tertumpu pada bahagian ini. Justeru elakkan fesyen yang menarik perhatian di bahagian tersebut.

af1b

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Gayakan baju atau blouse bercorak yang dipadankan dengan skirt atau seluar polos. Lebihkan aksesori atau gayakan shawl sebagai titik focus dalam gaya anda.

3. Pakai warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Gelap tidak semestinya hitam, ianya boleh juga seperti padanan skirt polos berwarna coklat gelap dan blouse berbunga kecil.

tips-berpakaian-wanita-gemuk

4. Pakai skirt atau seluar yang kembang di bahagian bawah atau buku lali.

5. Elakkan ‘belt’ atau tali reben dari baju yang berjuntai di bahagian pinggul anda

6. Pakai jaket atau blazer – jaket dan blazer juga boleh menjadi aksesori yang sesuai. Gayakan jaket dari warna yang kontra daripada warna baju dan seluar yang dipakai.

7. Aksesori seperti rantai leher mutiara yang labuh memberikan ilusi badan yang lebih tinggi.

tumblr_m2jvb23wns1qeqg5ro3_1280

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tips mudah – elakkan sarat di bahagian pinggul, lebihkan aksesori atau gaya di bahagian atas badan serta di bahagian kaki.

 

 

Kembali ke Atas