9 Kepentingan Bonding Bapa Dengan Anak

9 Kepentingan Bonding Bapa Dengan Anak

Anak yang mempunyai mempunyai ikatan yang kuat dengan bapa mereka mempunyai banyak kelebihan. Menurut kajian yang dilakukan di Kanada, apabila isteri hamil, kaum bapa akan mengalami pertambahan hormon kortisol dan prolaktin yang berkait rapat dengan hal kebapaan. Jadi, perasaan kasih dan sayang kepada anak memang hadir secara semula jadi dalam diri bagi seorang bapa.

Bagi mengukuhkan lagi, pelbagai aktiviti bonding perlu dilakukan sejak si anak masih kecil. Ini penting kerana kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan papa akan mendapat beberapa manfaat seperti berikut;

  1. Aktiviti dan masa yang diluangkan bersama akan menggalakkan perkembangan fizikal dan mental.
  2. Anak yang selalu meluangkan masa dengan ayahnya berisiko rendah untuk menghadapi stres pada masa hadapan.
  3. Anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan menerusi sesi interaksi bersama papa mereka.
  4. Hubungan rapat dengan bapa memainkan peranan penting kepada kesihatan mental anak apabila dewasa kelak.
  5. Si manja jadi lebih berani ambil risiko.
  6. Mempunyai skil pertuturan yang lebih baik.
  7. Bayi yang mempunyai hubungan rapat dengan papa akan lebih mudah mendapat kawan atau pandai bergaul.
  8. Penguasaan akademik yang lebih baik.
  9. Kurang risiko penglibatan dalam jenayah dan salah laku pada masa hadapan kerana mereka mendapat cukup perhatian.
Kembali ke Atas