9 Tips Pertama Kali Bawa Anak Kecil Menaiki Kapalterbang? Tips Ini Boleh Membantu Anda

baby-naik-kapal-terbang11

Mahu melancong atau ke mana-mana menaiki kapalterbang dengan bayi kecil? Usah bimbang ianya bukanlah satu pengalaman yang paling teruk bakal dilalui. Adalah biasa jika si kecil merengek.

Antara tips :

menyediakan-botol-susu
1. Sediakan susu botol sebelum penerbangan. Mengikut pengalaman penulis kita boleh membawa masuk susu formula yang telah dibancuh di dalam botol melepasi pemeriksaan kastam. Hanya maklumkan sahaja bahawa ianya susu formula. Jika tidak mahu membancuh terlalu awal, masukkan susu tepung ke dalam bekas kecil dan minta air suam dari crew penerbangan setelah masuk dan mengambil tempat di dalam kapal terbang.

2. Susukan bayi ketika kapalterbang mula naik bagi mengelakkan sakit telinga akibat ketidakseimbangan tekanan di dalam telinga.

kanak-kanak-makan-gula-gla
3. Untuk kanak-kanak pula boleh berikan gula-gula untuk mereka hisap atau kunyah bagi mengimbangi tekanan dalam telinga ketika kapalterbang take-off.

4. Pastikan lampin kering sebelum berlepas bagi memberikan keselesaan pada bayi.

5. Urut lembut betis dan perut bayi untuk memberikannya rasa selesa. Dakap rapat agar bayi tidak merasai gegaran atau pergerakan kapalterbang yang mungkin tiba-tiba berubah.

6. Untuk anak kecil, beritahu mereka bahawa sekejap lagi kapalterbang akan berjalan laju dan terbang, jadikan ianya pengalaman yang menyeronokkan. Mereka akan lebih teruja dan dapat mengawal rasa takut sekiranya dimaklumkan apa yang bakal ditempuhi.

7. Sekiranya anda tidak menempah tempat duduk dan terpisah dengan suami atau pasangan, maklumkan kepada cabin crew sekiranya boleh membantu untuk mendapatan tempat yang berdekatan.

8. Biskut, gula-gula serta kerepek yang disimpan dalam bekas kecil atau ziplock plastic boleh dibawa untuk kudapan ringkas sementara menunggu makanan dihidangkan. Elakkan makan yang terlalu manis, berlemak mahupun masin bagi mengelakkan sakit perut atau loya.

9. Penggunaan penggendong bayi membantu anda sekiranya perlu berjalan jauh semasa di lapangan terbang sebelum mahupun sesudah tiba ke destinasi. Perlu diingat bahawa stroller perlu dilipat sebelum masuk ke pesawat. Untuk lebih cepat dan mudah, gunakan sahaja baby carrier seperti ring-sling, wraps atau soft-structured carrier. Di sesetengah airport, anda boleh melepasi pemeriksaan kastam meskipun sedang menggendong anak.

Wah, pengalaman pertama yang pastinya menyeronokkan. Selamat melancong ya !!

Kembali ke Atas