Aktiviti Menarik Di District 21 IOI City Mall

pamaa

Ada tak yang pernah pergi District 21 dekat IOI City Mall ?

District 21 merupakan taman tema yang pertama di Malaysia bertemakan pengembaraan lasak dengan keluasan 70,000 kaki persegi. Terdapat 11 permainan dekat sini.

Apa yang menarik lagi tentang District 21 ialah ibu bapa ataupun penjaga boleh turut serta aktiviti anak-anak yang disediakan. Jadi tempat ini sangat sesuai untuk remaja dan seisi keluarga untuk menghabiskan aktiviti hujung minggu.

Jom lihat aktiviti yang ada di District 21

district-21

1# Wall Climbing

Terdapat 7 jenis wall yang berbeza. Setiap wall mempunyai tahap level tersendiri yang sesuai mengikut tahap umur.

 

oo

2# Roller Glider

Antara keistimewaan District 21 ialah Roller glider ini tak pernah ada di tempat lain. Jom tengok video dibawah.

 

district-21track

3# Pump Track

Pump track ini merupakan litar khas dibina untuk yang gemar menunggang basikal dan skateboard

 

district-21-low

4# Low Rope

Sesuai untuk kanak-kanak yang gemar cabaran. Pelbagai halangan untuk mereka yang masuk Low Rope. Jangan risau ye ibu ayah permainan di District 21 dilengkapi keselamatan.

 

The Maze @ District 21

5# The Maze

Laluan bergelung ini sangat mencabar dan menarik. Kena kuat pinggang join The Maze sebab akan banyak membongkok. 🙂 Lihat video di bawah.

 

freefall

#6 Free Fall

Free fall ini ialah lakukan terjunan bebas. Tinggi tau yang nak rasa adrenalin tiba-tiba boleh la join Free Fall. Lihat video di bawah.

 

 

district-21-sky

#7 Sky Trail

Bagi yang sukakan tempat tinggi dan lasak. Sky Trail adalah pilihan yang tepat. Lepas join Free Fall boleh la join Sky Trail. Terdapat 23 level kesukaran di Sky Trail.

district-21-trampoline

#8 Trampoline

Dengan size trampoline yang besar ini sesuai untuk yang gemar lompat dan bermain. Nak buat macam-macam skill pun boleh 🙂

 

21

#9 Tubby Ride

Bagi yang meminati gelongsor laju sesuai main Tubby Ride. Laju tau permainan ni. Lihat video di bawah.

 

corusel

#10 Carousel

Tarikan ini dibuat untuk anak-anak kecil. Ada banyak pilihan selain kuda.

 

 

go-pedal

#11 Go Pedal

Sesuai untuk kanak-kanak dimana mereka boleh membawa go kart yang dijanakan dengan kekuatan kaki. Kena kayuh kuat-kuat kalau nak laju. 🙂

Visit website District 21 untuk lebih lanjut . www.district21.com.my

 

Kembali ke Atas