Ayam Perap BBQ

Resepi Ayam Perap BBQ

Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 botol sos BBQ
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar mentega/margerin atau minyak
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah atau lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara Memerap :

  1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
  2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
  3. Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

 

Kembali ke Atas