5 Tips Untuk Ruang Tamu Nampak Luas

5 Tips Untuk Ruang Tamu Nampak Luas

1. Mulakan idea menghias ruang tamu dengan pemilihan warna cat bagi dinding dan siling. Disarankan anda menggunakan warna ‘sejuk’ untuk membangkitkan ketenangan dan membuatkan ruang tamu anda luas.

 

2. Penggunaan cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin-cermin kecil di tempat yang strategik, akan memberikan kesan luas kepada pemandangan ruang tamu anda.

3. Pilih hiasan yang perlu sahaja dan elakkan terlalu banyak item kecil hingga menampakkan ruang tamu tampak sarat.

4. Gunakan beberapa perabot bersaiz kecil dalam dekorasi anda, di samping seunit perabot besar seperti sofa sebagai titik tengah ruang tamu anda.

5. Menggantung langsir dari siling hingga ke lantai ialah satu idea dekorasi yang baik untuk ruang yang sempit.

Kembali ke Atas