Babywearing Bayi Anda? Ketahui Apa Manfaatnya
Banyak kelebihan ‘babywearing’ atau menggendong bayi menggunakan alat penggendong. Di Malaysia ianya sudah menjadi satu trend buat ibu-ibu muda untuk menggunakan pelbagai jenis baby carrier atau babywearing gear selain daripada menggunakan stroller.
Mengapa babywearing menjadi pilihan ?
- Bayi baru lahir sememangnya perlu didukung atau didakap dengan kerap. Ianya memberikan rasa selamat kepada bayi apabila ada sentuhan dekat dengan ibu. Malahan degup jantung ibu dapat meredakan tangisan bayi.
- Kedudukan bayi secara upright position adalah baik untuk bayi yang seringkali kembung perut dan mengalami refluks. Sedikit tekanan pada bahagian perut bayi akan melegakan masalah angin di perut bayi.
- Bayi yang kolik serta kembung perut biasanya dipujuk dan diredakan dengan pelukan serta ayunan lembut badan dan tangan ibu. Penggunaan carrier membantu ibu untuk terus mendakap bayi dalam tempoh yang lebih lama.
- Kedua belah tangan ibu bebas apabila menggunakan carrier, jadi ibu boleh membuat kerja rumah atau menyelesaikan urusan lain serentak.
- Penggunaan carrier juga lebih mesra dan memudahkan apabila ibu dan bayi keluar ke tempat awam, bersiar-siar di taman, membeli-belah, menggunakan pengangkutan awam, melancong serta boleh melalui jalan yang tidak dapat dilalui oleh stroller.
- Penggunaan carrier boleh diubah mengikut kesesuaian saiz dan berat bayi serta mempunyai pelbagai pilihan mengikut keperluan ibu dan bayi.
- Terdapat banyak pilihan di pasaran seperti stretcy-wraps, woven-wraps, soft structured carrier atau SSC dan Mei Tai. Pilihlah yang bersesuaian dengan berat bayi serta mengikut keselesaan ibu dan bayi.
Sumber : becomingmamas.com