Bayi Puak Kung San Menangis Hanya 16 Saat Sahaja. Apa Yang Mereka Buat Sudah Menjadi Trend
Puak Kung San di kawasan Gurun Kalahari merupakan komuniti yang paling mudah menjaga bayi dan anak mereka. Bayangkan, purata tempoh resah bayi hanya sekitar 16 saat dan lebih 90% bayi berjaya di tenteramkan di bawah 1 minit.
Rahsianya mereka membedung dan meletakkan bayi dalam gendongan hampir pada setiap masa, menyusukan bayi dengan amat kerap iaitu beberapa kali dalam satu jam serta memberi respon pantas kepada keresahan atau tangisan bayi.
Mereka meniru dan menyediakan kesemua kualiti sensasi rahim serapat dan sekerap mungkin kepada bayi mereka untuk beberapa bulan awal. Dalam erti kata lain, mereka bertindak menjadi rahim bergerak buat para bayi!.
Sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan para ibu moden, berkerjaya dan tinggal di dunia metropolitan hari ini untuk membuat perkara yang serupa. Namun, kita masih boleh mencedok sedikit amalan mereka.
Teknik Cuddle Cure adalah teknik yang mengambil aspirasi dari amalan meniru kesemua sensasi rahim yang diamalkan puak Kung San. Cuddle Cure yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan reflek bertenang bayi dalam masa yang singkat.
Like kami Pamapedia di sini