Untuk menjaga kebersihan pada kamar tidur, kita memang digalakkan untuk kerap menukar cadar dalam sebulan sekali. Tetapi jangan mudah sangka dengan menukar cadar itu sudah memadai sebenarnya. Anda juga tidak boleh terlepas pandang untuk membersihkan tilam. Berikut ialah teknik membersihkan tilam tanpa perlu guna sabun.
Bahan-bahannya:
Baking soda
Minyak essential oil
Vakum
Langkah-langkahnya:
Terlebih dahulu, terbalikkan tilam bahagian bawah ke atas. Kaedah ini sangat penting dilakukan setiap 6 bulan sekali untuk memanjangkan jangka hayat tilam serta mengelakkan dari tilam mudah kendur.
Sediakan bekas dengan penutup, tuangkan serbuk baking soda ke dalam bekas tersebut dan diikuti dengan beberapa titis minyak essential oil. Cadangan bauan yang sesuai ialah lavender, chamomile, sandalwood, dan ylang ylang. Kebaikan penggunaan essential oil ini juga ialah ia dapat dijadikan sebagai ejen antibakteria. Setelah itu, tutup bekas dan goncangkan ramuan tersebut sehingga benar-benar sebati.
Kemudian, taburkan ramuan itu di atas tilam sehingga habis. Dengan menggunakan tangan, sapu secara rata-rata sehingga menutupi bahagian tilam. Dan biarkan sehingga 1 jam.
Selepas sejam, gunakan vakum untuk membersihkan serbuk-serbuk baking soda yang berada di atas tilam sehingga benar-benar hilang.
Selain menebarkan bau haruman yang menyenangkan, ramuan itu tadi amat berkesan untuk menyingkirkan kotoran dan habuk. Selepas siap pembersihan ini, anda pasti berasa amat selesa dan teruja dengan kebersihan tilam anda.