Sudah Masa Untuk Tukar Botol Susu Anak. Penting Jika Anak Masih Menggunakan Botol Susu Plastik
Antara item penting yang hampir wajib ada apabila kita mempunyai anak kecil adalah botol susu.
Di pasaran terdapat botol susu yang mengandungi BPA dan Free BPA (bebas BPA)
Kenali apa itu Bisphenol A
Bisphenol A juga dikenali dengan singkatannya BPA. Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate). Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras buatannya. Ia juga banyak digunakan di dalam pelbagai produk pengguna.
Sebagai contoh, botol susu, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Barangan pengguna yang mengandungi bahan kimia BPA berbahaya ini dapat melarut dan meresap ke dalam makanan dan minuman kita tanpa kita sedari dan terus memasuki ke dalam badan. Walaupun bahan BPA ini memasuki ke dalam tubuh kita dalam kuantiti yang sedikit namun ia tetap mamberi kesan negatif kepada sistem tubuh.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ianya boleh berlaku. Antaranya adalah disebabkan oleh kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).
Di antara label yang ada dibawah botol jika ia ada BPA :-
Jangka Hayat Susu Botol :-
Jika Botol susu yang ada BPA jangka Hayatnya hanya 3 ke 6 bulan , Manakala Free BPA jangka hayatnya lebih panjang.
Bila Botol Anak Perlu Di Tukar Segera ?
1. Kesan Calar Pada Botol
2. Sterilizer
3. Warna Botol
4. Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
5. Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.
Semoga bermanfaat.
LIKE Pamapedia DI SINI