Brownies Kedut Sukatan Cawan Yang Senang Dibuat Dan Gerenti Jadi Kedutnya

Siapa yang tak suka Brownies kan ! senang dibuat dan memang menjadi kegemaran ramai terutama di majlis-majlis keraian dan potluck di pejabat

Jom buat sendiri Brownies..senang, tak perlu mixer, guna cawan sahaja dan sudah dicuba beberapa kali dan menjadi kedutan-nya !

Yang penting kenalah gunakan coklat yang berkualiti barulah sedap.

Bahan-bahan

BAHAN A

1/2 buku butter ( daripada 250g buttercup atau apa-apa jenis butter kegemaran anda ) kalau pakai yang salted jangan di tambah garam, kalau unsalted nanti tambah dalam 1/2 sudu teh garam semasa ayak tepung

1 cawan coklat coins Dark Compound ( Saya guna Beryls )

BAHAN B

1 cawan Gula Perang Lembut ( Soft Brown Sugar)

2 biji telur Gred C

1 penutup botol Esen Vanilla ( Sukat tau..bukan masukkan penutup botol hihi)

BAHAN C

1 cawan Tepung Gandum

1 sudu besar Baking Powder

1 sudu teh Garam ( optional)

Cara Penyediaan :

Bahan A ( Butter dan Coklat coins di cairkan menggunakan kaedah Brain Marie ( seperti gambar di bawah)

Biarkan sejuk sedikit/suam

Kredit Photo : Pinterest

 

Pukul Bahan B ( gula perang + telur ) guna whisk sampai gula hancur sebati dengan telur

Campur Bahan A ke dalam Bahan B dan gaul sekata

Ayak Bahan C ( Tepung + Baking Powder+ Garam) dan campurkan sedikit demi sedikit  ke dalam mangkuk Bahan A+B yang ada butter-coklat-gula tadi

Gaul sekata guna senduk kayu, tak perlu guna whisk atau mixer

Alas loyang 8×8 atau 10×10 dengan baking paper ( Nipis sikitlah nanti )

Masukkan adunan ke dalam loyang dan boleh taburkan sliced almond/ choc chips / walnut mengikut citarasa masing-masing

( Untuk saya tak perlu chop-chip dah sebab nanti jadi sedikit manis pula , lagipun kita dah guna coklat yang sedap jadi rasa Brownies memang dah chocolatey dah )

Preheat oven 10min pada 180degree celcius dan masak selama 30min atau mengikut jenis oven anda.

Dah siap masak ( cucuk dengan lidi untuk tengok dah masak ke belum) kalau dah masak renggangkan pintu oven jangan keluarkan lagi. Biarkan dalam 5-10minit untuk lihat kedutan yang cantik itu pada Brownies !!

Kredit Photo : Spruceeats.co

 

 

Kembali ke Atas