Guna Cara Ini Untuk Wardrobe Sentiasa Tersusun


Sempurnakan almari rumah anda dengan 4 cara ini. Hasilnya pasti buat anda puas hati tanpa perlu sentiasa mengemas bilik wardrobe anda.

 

BUANG TIDAK PERLU

Sentiasa ingat wardrobe berubah mengikut musim! Simpan dan susun elok-elok pakaian lama di dalam kotak (mengikut kategori lebih baik) dan dermakan ke badan-badan kebajikan yang memerlukan. Atau layari www.recyclethis.co untuk idea-idea DIY luar biasa menggunakan barangan terpakai.

 

WARNA

Menyusun pakaian mengikut warna adalah cukup bergaya! Mulakan dengan pakaian berwarna putih, kuning, oren, merah, biru, hijau, coklat, dan diakhiri dengan hitam. Denim boleh diatur dibahagian lain samaada dilipat atau digantung mengikut tona warna.

 

PENYANGKUT BAJU

Gunakan penyangkut baju jenis kayu atau plastik untuk pakaian linen dan kapas, manakala penyangkut baju berpad untuk sutera atau satin. Skirt atau kain labuh perlu digantung secara lepas bukan dilpat untuk mengelakkan kedut dan kesan lipatan kekal. Menggunakan penyangkut baju mengikut jenis fabrik mewujudkan wardrobe lebih kemas dan bergaya.

 

AKSESORI

Pastikan tudung, tali pinggang, sarung tangan dan aksesori lain disimpan rapi dalam laci di bahagian dalam wardrobe. Barangan sukan, pantai, dan pakaian tidur boleh dilipat kemas mengikut aturan atau kekerapan penggunaan.

 

PENCAHAYAAN

Pilih sudut pencahayaan paling optimum untuk wardrobe kamar beradu bagi memudahkan pencarian barang. Pasang lampu di sudut/ buju atau di tengah-tengah almari.

 

Sumber : IMPIANA

Kembali ke Atas