International Babywearing Week Kuala Lumpur 2016 Sebarkan Ilmu Gendong Anak Yang Betul. Jom Sertai !!

International Babywearing Week Kuala Lumpur 2016

 

banner-ibw-2016

International Babywearing Week (IBW) ialah sebuah acara sambutan tahunan yang diadakan di seluruh dunia bagi mempromosikan amalan menggendong anak yang kian dilupakan oleh generasi masa kini. Tahun ini, IBW disambut dari 5-10 Oktober 2016 dengan tema “Best Seat in the House”.

Ianya diadakan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pelbagai manfaat yang akan diperolehi daripada amalan menggendong. Antara manfaat menggendong anak ialah:

1. Anak lebih tenang dan ceria dalam dakapan ibu atau ayahnya

2. Anak lebih selamat kerana sentiasa dekat dengan ibu bapanya

3. Membantu menjayakan penyusuan susu ibu (skin to skin contact)

4. Kedudukan tegak anak dalam carrier membantu mengurangkan symptom reflux (muntah & kembung perut)

5. Membantu perkembangan fizikal, mental dan emosi anak

6. Membantu menaikkan berat badan anak, terutama anak kurang berat badan atau tidak cukup bulan (premature)

7. Memudahkan ibu dan bapa menjalankan aktiviti harian kerana kedua-dua tangan bebas membuat kerja

8. Mengurangkan sakit belakang dan sakit tangan akibat mendukung anak dengan tangan sendiri

9. Memberi kestabilan emosi kepada ibu yang menggendong

10. Merapatkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak yang dikendong (bonding)

 

babywearing malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Justeru itu, pada 22-23 Oktober 2016, Baby Ultra Enterprise akan menganjurkan sambutan IBW Kuala Lumpur di Baby Ultra, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi bagi mempromosikan amalan menggendong di kalangan masyarakat bandar.

Objektif sambutan ini adalah seperti berikut:

1. Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan amalan menggendong anak

2. Mengajar orang ramai tentang cara-cara menggendong anak dengan betul, menggunakan alatan gendong ergonomik

3. Memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba pelbagai alatan gendongan ergonomik

4. Memberi sokongan berterusan kepada ibu bapa yang menggendong anak mereka.

baby carrier selamat

Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada hari tersebut. Pengunjung juga berpeluang membawa pulang Goody Bag dan hadiah Lucky Draw yang ditaja oleh syarikat-syarikat tempatan dan mengunjungi “booth” jualan alatan gendong ergonomik dan lain-lain.

Antara penaja adalah seperti pengeluar pakaian Maternity & Nursing Mumsluv, Sweet & Cozy, Lazaat , Jumpsac serta banyak lagi jenama baby carrier.

Jemput sertai kami di IBWKL. Klik SINI untuk info lanjut.

Disediakan oleh:

Dr Izam Suziani binti Ismail Pengasas Babywearing by Baby Ultra

Project Leader IBWKL 2016

 

Kembali ke Atas