Jom Serbu Pureen WareHouse Sale 2015

Pureen Warehouse Sale 2015

Pureen Warehouse 2015

Tips jika mahu ke Warehouse Sale :

1. Sarapan terlebih dahulu.

2. Jika boleh pergi dengan kawan-kawan atau adik beradik agar setiap seorang boleh memilih barang di tempat yang berbeza. Jika kita pergi seorang diri dan terus ke tempat baju anak, tempat barang lain seperti toilettries dengan tawaran harga murah sudah semakin habis atau tinggal yang tidak cantik.

3. Tidak digalakkan buat ibu yang sarat hamil. Bimbang mengundang bahaya apabila berasak-asak mahu memilih barang. Pastikan suami ada di sisi untuk membantu sekiranya mahu membeli banyak barang di Jualan Gudang ini.

4. Sediakan list barang yang perlu dibeli. Usah terburu-buru dan rambang mata, maklum sahaja bila nampak harga yang ditawarkan murah, pasti kita mahu membeli banyak dan terbeli barang yang tidak perlu.

Suasana Warehouse Sale Pureen 2014

Suasana Warehouse Sale Pureen 2014 (Photo Credit to misztrex.blogspot.com)

 

Senarai harga Jualan ini dikongsi oleh salah seorang blogger misztrex.blogspot.com :

List price masa warehouse sale 2014 
Baju / seluar baby RM3
Baju jalan2 sepasang RM8/12
Sabun pencuci RM17
Maternity pad RM9
Sarung tgn kaki RM5
Bedak baby 3botol RM10
Sabun syampu RM10
Kelambu besar baby XL RM20
Pampers size s (pek merah) 66pcs RM24
Wipe tissue twinpack RM9
Nappyrash besar RM10
Towel baby 2pcs RM12
Blanket RM18

 

Untuk tahun 2015, tidak pasti apakah tawaran hebat daripada Pureen.

Jika ada yang ke sana, jemput share dengan kami di Pamapedia ya.

Kembali ke Atas