Kasih Sayang Seorang Ibu #terharu

Kasih ibu kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang dan malam, memberi segala kudrat yang ada dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.

Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak.

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Tetapi bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka .Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup dan jika sudah tiada janganlah lupa mendoakan kebahagian mereka di sana.

Follow kami di Facebook Pamapedia dan kongsikan pendapat anda dengan kami.

 

Kembali ke Atas