Khasiat Buah-buahan Untuk Kecantikan Wajah

apple

Epal

Ia dapat menghindari kulit berminyak. Anda boleh hancurkan setengah biji epal sehingga halus, kemudian jadikan sebagai mask dan disapu ke seluruh muka. Biarkan selama 20 minit kemudian mencucinya. Lakukan ini sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melihat hasil yang diingini.

 

templete-size-blog

Tomato

Ia dapat melembutkan dan mencantikkan wajah anda. Ambil perahan daripada sebiji tomato yang dicampur dengan 1 sudu the perahan lemon. Kemudian, sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, basuh dengan air dan amalkan ini seminggu sekali.

 

timun

Timun

Ambil sebiji timun dan hancurkannya dengan susu segar. Sapukan ke seluruh wajah, apabila ia kering cuci muka dengan air. Ia dapat menyegarkan wajah anda. Selain itu, anda juga boleh menghilangkan lebam di bawah mata dengan ambil hirisan timun dan diletakkan di atas mata sebelum tidur.

 

betik

Betik

Ia dapat mencegah kedutan. Anda perlu hancurkan betik yang sudah ranum dan campurkan dengan 1 sudu madu. Sapukan campuran ini ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Anda boleh lakukan ini seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

 

limau-nipis

Limau Nipis

Campurkan 1 sudu makan perahan limau nipis dan madu yang telah dipanaskan. Setelah sejuk, sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Ini dapat menghindarkan jerawat di wajah anda.

 

Jika Mommies ada tips lagi jom kongsikan dengan kami, Selamat mencuba !!

 

 

Nukilan Oleh: Zaty Yazid

 

Kembali ke Atas