Saya Ibu Terbaik
Saya Ibu Terbaik
Menjadi ibu bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak perkara perlu dipertanggungjawabkan dari anak-anak kecil sehinggalah mereka berjaya untuk melangkah dengan sendirinya. Setiap ibu mestilah mahukan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga dan di sini terdapat beberapa tips untuk menjadi ibu yang terbaik.
• Tunjuk Teladan Terhadap Anak-Anak
Ajarlah anak anda dengan perkara-perkara yang baik dan seiring dengan tingkah laku anda kerana anak-anak lebih mengikut sesuatu yang dilihat daripada didengar. Elakkan memaksa anak anda mengikut kehendak anda dan cuba untuk saling bertoleransi.
• Luangkan Masa Dengan Anak-Anak
Ibu yang baik akan cuba untuk mencari masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Jangan selalu menggunakan objek seperti tab sebagai medium untuk menggantikan anda, luangkan masa dengan bermain bersama mereka ataupun hanya sekadar berborak bersama.
• Kerap Berkomunikasi Bersama Anak-Anak
Komunikasi merupakan salah satu langkh terbaik untuk menguatkan lagi hubungan antara ibu dan anak. Mendengar cerita mereka, memberi nasihat dan berkongsi pengalaman anda perlu diterapkan untuk menjadi ibu terbaik.