Kisah Homebirthing Yang Mengujakan. Pengalaman Bersalin Normal Selepas 2 Kali Pembedahan. #Speechless

Kisah ini dikongsikan oleh salah seorang pembaca Pamapedia.

Puan Siti Natasya Roslan, seorang usahawan berkongsi pengalamannya melahirkan anak di rumah. Beliau memilih untuk melalui Homebirthing agar dapat bersalin secara normal meskipun telah 2 kali melahirkan secara pembedahan.

Ini kisah beliau.

 

My Birth Story

 

Alhamdulillah, hari ni genap sebulan saya melahirkan baby Ardini.  Seperti yang saya janjikan, saya akan kongsi detik indah itu bersama anda semua.

Baby Ardini sangat istimewa kerana dilahirkan di rumah kami sendiri dalam air. Kenapa saya dan suami decide untuk homebirth ialah kerana tiada hospital atau doktor yang mahu terima saya bersalin normal disebabkan 2 kelahiran anak saya yg dulu adalah melalui kaedah pembedahan.

Ya, saya tahu mesti ada yang tertanya tanya boleh ke bersalin di rumah, ada doktor ke yg jaga dan pelbagai lagi persoalan pasti bermain di minda anda.

Apa yang pasti banyak perkara yang kami lakukan sebelum kami buat keputusan melahirkan di rumah. Paling penting gali elmu melahirkan secara alami dan jaga pemakanan sepanjang kehamilan. This is not it, there is more but get urself empowered with knowledge before u decide to do the same.

baby ardini

So here goes the story….

21st Mar 2015
Petang sabtu saya dan family ke mid valley jalan2 cari makan, bawak anak2 rock climbing dan basically spend time together before the baby come. Saya jalan banyak sangat walau termengah mengah. We had fun that night.

22nd Mar 2015
Seawal jam 8.30am saya dah mula rasa contraction. Mulanya macam tak sure sebab dulu sekejap je saya dapat rasa contraction itupun lepas di induce sebab overdue. So saya just timing berapa kali rasa macam period pain tu datang dan bila lihat jadual yg saya tulis, ia datang setiap 20 minit.

Saya ajak family breakfast kat luar hari ni. Disebabkan mummy diaorang ni teringin sangat nak makan french food maka kami ke Tous Les Jours di Bangsar. Gigih jalan walau dah start contraction sampai kena berhenti sekejap bila ia datang.

Lepas makan terus balik sebab saya dah tak tahan. Sampai rumah terus amik bola gym dan layan contraction sambil sway atas ball tu. Hubby n anak2 sekejap2 check saya ok ke tak. So far memang boleh tahan sampailah jam 12 malam, contraction makin kuat sampai anak saya yg no 2 siap tolong doakan dan berzikir untuk saya. By this time hubby tanya nak pasang pool tak? Saya hanya dapat angguk je.

Siap pool dipasang saya duduk dalam layan lagi contraction tu, saya just zikir doa nabi yunus dan apa2 je zikir yg saya ingat. Jam 3 pagi hubby dah keletihan, so saya suruh dia tido dulu. Saya pun keluar pool cuba nak tido di sofa tapi memang tak boleh. Saya ber whats app dengan doula (my child birth educator (cbe) tanya macam2 n inform dia saya dalam kesakitan sgt. Tapi tiada respon hingga subuh.

Sakitnya saya ingat nak beranak dah Subuh tu tapi belum lagi. So saya pun keluar masuk kolam melayan contraction. Suami letakkan kain panas di dahi dan cuba tenangkan saya.

home birthing

23rd Mar 2015

8am Hubby hantar anak2 ke rumah pengasuh. Saya pun duduk di sofa sebab kepenatan.

Bila hubby balik dia tambahkan air panas dalam kolam. Sambil saya masih cuba bertenang layan contraction. Buat semua yang di ajar masa dalam kelas Amani Birth, deep breathing etc. 10am saya dah turun tanda darah. Walau sakit tapi masih boleh bertahan.

By 11am Whatsapp Doula saya minta datang sebab saya dah tak tau nak buat apa. Alhamdulillah beliau free dan dapat datang. Sambil tunggu tu contractions datang setiap 5 minit.

Hubby saya tolong gosok belakang pinggang, diwajahnya nampak risau tapi dia cuba control dan bagi saya full support. Dia ingatkan saya untuk zikir.

12.30pm Doula saya sampai dan cuba bantu hubby saya dengan beritahu apa yg perlu dilakukan. Saya dah penat, terus baring di katil. Contractions semakin kerap dalam 3 ke 4 minit sekali. Makin kuat zikir doa nabi yunus sampai jam 2.30pm Doula terus bagi semangat dan cakap dah nak dekat dah nak dekat, so saya pun makin semangat n minta nak masuk dalam pool.

3pm Pool siap dengan air suam yg baru, masuk je tak sampai 5 minit terasa bunyi POP kat bawah, air ketuban dah pecah. Saya inform doula dan dia dia kata bagus coz baby is gettin near. Time is so near sambil menahan nak tunggu baby keluar dalam hati saya dok fikir, betul ke apa aku buat nih..? Tapi saya terus doa dan bina keyakinan Allah ada bersama. Saya juga cakap dengan baby ‘we can do this together sayang’

3.30pm Dari jam 3 tadi setiap kali contraction or surge datang saya cuba breath the baby out. Lamanya proses ni buatkan saya hampir give up tapi semuanya terpendam dalam hati je tak sempat nak luah. Segala macam perasaan ada waktu ni. Then I remember nilah proses transition maknanya baby dah makin hampir. Sepanjang proses ni saya diberi air untuk minum supaya I keep hydrated.

Saya keep on deep breathing dan vocalise. By 4.15 camtu saya rasa panas di bawah (Ring of fire) mean kepala baby dah hampir nak keluar. The next surge saya tarik nafas kuat2 and baby’s head is half out… Saya tak bitau sesiapa pun sebab tal larat nak cakap, hubby kebetulan datang ambil lampu n then dia teruja sambil cakap, kepala baby dah keluar kepala baby dah keluar!

4.31pm Dia pun sibuk nak on video dan waktu tulah saya rasa nak teran sangat n wooshhh baby meluncur keluar dengan lajunya…. Masya Allah…. Leganya saya waktu tu Allah je yg tau. Sampai lupa nak sambut baby yg dah melambai2 dan buka mata dalam kolam. Doula Yat yang ingatkan ambil baby.. Barula saya ambil baby dan letak di dada untuk skin to skin dan breastfeeding.

Ajaibnya kuasa Allah, saya tak henti zikir dan bersyukur Allah beri peluang untuk rasa nikmat bersalin secara alami.. 10 minit lepas tu rasa the next surge dan terus uri pula keluar. Sangat mudah, semuanya berjalan lancar, darah memang penuh kolam tapi masih ok. Saya terus makan homeopathy post birth dan kurma untuk tenaga. Keluar dari pool baring di katil utk berehat seketika sambil hubby azan fan iqamatkan baby.

Walau sakit tapi nikmatnya Allah saja yang tahu and I want to do it again! Inilah birth impian saya sejak tahu saya mengandung. No more czer, no drugs, skin to skin yang so intimate, suasana yang tenang dengan alunan Al-quran dan zikir.

Wahh panjangnya story ni…Saya harap lepas ni lebih ramai bakal ibu atau ibu diluar sana yang dapat kelahiran seperti yang di impikan. Namun pastikan anda pergi kelas dan belajar caranya ya.
Welcome to the world my baby girl. Semoga menjadi anak yang solehah dan insan yang penyayang, suka membantu ramai orang serta menjadi hafizah.. In shaa Allah.

Pesanan buat pembaca agar mendapatkan nasihat pakar dan doktor sebelum membuat keputusan untuk homebirthing.

Ini adalah pengalaman peribadi penulis, beliau telah mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak serta mendapat sokongan suami.

Tahniah baby Ardini !!

LIKE Pamapedia DI SINI 

 

 

Kembali ke Atas