Kulit Muka Berseri Dengan 5 Tips Mudah Ini
Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat islam akan menyambut aidilfitri. Segala persiapan sudah dibuat, anda tak sabar mahu menggayakan baju baru.
Namun keyakinan diri seolah-olah hilang apabila menatap wajah di cermin. Kulit yang kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan anda pada 1 Syawal nanti.
Jangan bimbang, cuba 6 cara pantas dan mudah ini untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri.
1. Sapukan Ais Pada Garis dan Kedutan Halus
Cara ini secara ajaibnya berfungsi untuk menutup pori-pori. Ia juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan bengkak, sama ada akibat jerawat, pendedahan cahaya matahari, mahupun kurang tidur.
2. Berendam Dalam Mandian Garam Laut
Tahukah anda, mandian ini menghalang kehilangan kelembapanpada kulit. Ianya juga bertindak sebagai agen pemulihan. Garam menyerap kotoran dan toksin juga membersihkan liang-liang kulit anda secara mendalam. kandungan magnesium di dalam garam laut juga membantu mengurangkan water retention air di dalam badan.
3. Dapatkan Rawatan Facial Kolagen Anti-penuaan
Rahsia untuk kulit kelihatan muda adalah kualiti kolagen anda. Ianya memberikan kulit anda struktur dan kekuatan di samping membantu dalam proses menghapuskan sel-sel kulit mati. Rawatan facial kolagen anti-penuaan direka untuk memerangi proses penuaan dengan menggunakan enzim lemon organik yang menjadikan kulit lebih berseri, manakala ampoule multivitamin dan topeng kolagen menjanjikan keanjalan kulit. Rawatan ini biasanya ditawarkan di spa di mana juruterapi berpengalaman boleh menilai kulit anda dan menentukan produk apakah terbaik untuk anda.
4. Dapatkan Rawatan Lumpur
Balutan lumpur atau tanah liat adalah satu lagi rawatan yang anda boleh cuba, ianya mengurangkan keradangan dan menarik toksin keluar daripada kulit anda. Anda mempunyai pilihan sama ada melakukannya sendiri atau mendapatkan rawatan ini di spa. Rawatan ini biasanya melibatkan pencampuran campuran tanah liat kering dengan air, disapukan ke atas kulit anda, kemudian badan anda akan dibalut dengan menggunakan lembaran kain atau plastik. Rawatan ini juga telah didapati berkesan dalam mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan peredaran darah.
5. Belai Diri Anda Dengan Urutan
Lupakan masalah anda untuk seketika dan relaks ketika mendapatkan rawatan urutan lembut, namun jika anda sukakan cabaran, cuba terapi batu panas. Jika jadual anda terlalu padat untuk mendapatkan rawatan yang memakan masa, anda boleh mendapatkan rawatan urut leher yang hanya mengambil masa yang singkat, rawatan ini akan menjadikan anda kembali bertenaga.
LIKE Pamapedia DI SINI