LAPAR DI TENGAH MALAM? INI 10 SNEK & MAKANAN LEWAT MALAM YANG BERKHASIAT UNTUK ANDA!

Terasa lapar ketika lewat malam sebenarnya boleh merungsingkan fikiran jika anda cuba atau dalam proses menurunkan berat badan. Malah, semua maklum bahawa makan di lewat malam bukanlah satu pilihan yang bijak, malah tidak digalakkan sama sekali.

Namun terdapat beberapa pilihan makanan snek atau makanan ringan bagi mengalas perut anda yang lapar itu bagi mengelakkan anda tidak dapat tidur lena.

Anda masih boleh makan sesuatu akan tetapi anda perlu mencari makanan ringan yang betul. Elakkan dari makan 300 kalori atau lebih dan tunggu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda tidur selepas makan snek terakhir malam itu.

#POPCORN

Popcorn memang pilihan snek lewat malam yang sesuai, asalkan ia tidak disalut dengan mentega atau karamel. Namun itu tidak bermakna bertih jagung anda itu tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh tabur sedikit serbuk kulit kayu manis, paprika, ataupun rempah yang menambah selera.

#OATMEAL

Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Anda boleh menambah buah-buahan dan susu dan makan bersama-sama dengan oatmeal anda.

 

#PUDING BIJI CHIA

Biji chia mengandungi Omega3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3. Pastinya ia bukan calang-calang makanan berkhasiat.

Bahan-bahan

  • 200ml santan
  • 2½ sudu besar biji chia
  • 2 sudu kecil madu (atau gula Melaka / pemanis pilihan)
  • Seikat daun pandan
  • 2 buah mangga, dikiubkan

Cara penyediaan

  • Gaulkan santan, madu dan biji chia di dalam mangkuk.
  • Kacau sehingga sebati, dan tambahkan daun pandan. Biarkan dalam peti sejuk buat semalaman.
  • Asingkan daun pandan dari puding.
  • Hidangkan dingin bersama kiub mangga.

 

#PISANG

Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena.

#KACANG PISTACHIO

Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, Vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap!

#COKLAT GELAP

Siapa yang mampu menolak coklat? Pasti sukar tetapi bukan semua coklat tidak elok untuk kesihatan diri anda dan semestinya, ketika anda sedang berdiet. Jika anda mengidam untuk makan makanan manis di lewat malam, coklat gelap adalah pilihan yang paling sesuai kerana kandungan gula yang kurang jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain. Malah coklat gelap juga mempunyai kandungan tinggi antioksida.

#SMOOTHIE

Smoothie daripada gabungan menakjubkan protein tanpa lemak, buah-buahan juga sayur-sayuran. Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk menyediakan smoothie, boleh diminum di mana sahaja dan ianya benar-benar lazat.

#SPRING ROLL

Buat spring roll basah ala Vietnam, menggunakan udang, avocado dan juga salad. Tidak perlu meletak sos kerana balutan lobak menyediakan kemanisan semula jadi yang sedap.

#ANEKA SALAD SEGAR

Untuk ini anda perlukan baby carrot, celery, avocado juga sos mayonis. Salad segar ini sangat mudah untuk disediakan malah mempunyai rasa yang berbeza daripada salad biasa, sos juga boleh diubah mengikut kesukaan masing-masing.

#EGG WHITE MUFFIN

 

Mufin putih telur ini sangat sedap malah mengandungi protein yang tinggi dan rendah kalori. Resepi klik pada IG tersebut.

Kembali ke Atas