Mudah Kejut Anak Bangun Tidur. Ada Beza Antara Kejutkan Anak Lelaki Dan Anak Perempuan.

Seorang Ibu berkongsi dengan kami teknik mudah bilamana mahu mengejutkan anak-anak bangun pagi. Kata beliau, cara mengejutkan anak juga berbeza bagi anak lelaki dan anak perempuan.

boy

Untuk anak lelaki :

Anak lelaki sukakan sentuhan.

Kejutkan dengan sentuhan lembut di kaki, tangan atau bahunya. Lebih berkesan, tangan ibu sedikit basah dan sentuh kaki anak. Kenakan sentuhan kulit agar anak sedar itu ibu. Anak lelaki sukakan sentuhan lembut dan manja dari ibu ayah. Sebutlah nama dan panggil untuk bangun.

“Abang hero mama, bangun sayang, mama dah siapkan cekodok yang abang minta semalam”

girl

Untuk anak perempuan :

Anak perempuan gemarkan kata-kata manis.

” Puteri manis ayah ni, bangun sayang, kita mandi siap-siap ke sekolah”

Ada idea lain yang lebih menarik? kongsikan dengan kami.

Like Page kami Pamapedia di sini

 

Kembali ke Atas