Khasiat Kulit Kayu Manis Anda Perlu Tahu
Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan sering digunakan dalam perubatan traditional untuk beberapa jenis penyakit. Jom lihat di bawah.
RAMBUT
Anda boleh campurkan minyak zaitun dengan sesudu madu dan sesudu teh serbuk kayu manis sebelum mandi. Sapukan campuran itu di bahagian kepala dan biarkan selama kira-kira 15 minit.
SAKIT GIGI
Campurkan sesudu teh serbuk kayu manis dan 5 sudu teh madu. Kemudian sapukan pada gigi yang sakit. Lakukan ini sekali setiap hari sehingga gigi berhenti sakit.
KOLESTEROL
Anda boleh campurkan 2 sudu makan madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis yang dicampurkan ke dalam seteko air teh. Ini dapat mengurangkan kolesterol di dalam darah.
RAHIM LEMAH
Kulit kayu manis merupakan petua yang dapat memperkuatkan rahim. Amalkan dengan sapukan madu dan sesudu serbuk kayu manis pada bahagian gusi.
NAFAS BERBAU
Campurkan sesudu teh madu dan serbuk kayu manis dalam air panas anda dan ini dapat mengekalkan kesegaran nafas sepanjang hari.
JERAWAT
Sapukan 3 sudu makan madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada wajah sebelum tidur. Basuh keesokan harinya dengan air suam. Lakukan ini setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.
LETIH DAN TIDAK BERMAYA
Campuran serbuk kayu manis bersama madu dapat meningkatkan tenaga. Amalkan ia setiap pagi selepas menggosok gigi.
Nukilan Oleh : Zaty Yazid