Pikat Si Suami

Pikat Si Suami

Kesibukan menjaga anak dan menguruskan rumah kadangkala membuat kita kurang masa bersama encik suami. Dia juga pasti sibuk bekerja dan selalu pulang lewat ke rumah menjadi sukar untuk bermanja-manja seperti dahulu. Jangan risau anda masih mampu membangkitkan kehangatan bercinta seperti mula-mula berkahwin dengan hanya beberapa cara yang mudah ini.

• Elakkan membebel.
Menjadi lumrah seorang wanita untuk membebel jika sesuatu perkara itu berlaku. Cuba anda elakkan dari menjadi tabiat kerana lelaki tidak gemar keadaan sebegitu, biarkan keadaan menjadi lebih tenang dan berbincanglah dengan lebih baik.

• Peluk si suami.
Pikatlah si suami dengan memberi pelukan kepadanya sebelum pergi ke kerja kerana pelukan mampu menstabilkan hormon dan emosi seseorang itu. Jangan lupa itu jadikan ia rutin sebelum cium tangan si suami.


• Guna panggilan manja.
Lelaki suka akan sesuatu yang berlainan. Cuba cari panggilan manja buat si suami yang menunjukkan perwatakannya yang mampu membuatkan dia tersenyum tatkala dipanggil isteri.

• Membuat kejutan.
Carilah masa untuk membuat kejutan buat si suami seperti memasak makanan kegemarannya dan bersiap secantik yang mungkin menyambut kepulangan si suami dengan kejutan makan malam yang romantik.

• Hantar mesej cinta.
Hantarlah mesej cinta dalam pelbagai bentuk yang menarik dan mungkin secara sedikit kejutan. Anda boleh cuba untuk menuliskan surat cinta buat si suami dan selitkan di poket seluar kerja yang mungkin akan membantu menceriakan dia sewaktu bekerja.

• Sentiasa senyum.
Sambutlah kehadiran si suami dengan senyuman yang manis dan bukanlah dengan muka yang tertekan. Ini akan membuatkan suasana lebih bahagia dengan memceriakan orang sekeliling.


• Berdamai dengan segera.
Menjadi adat adanya pergaduhan dalam perkahwinan dan seelok-eloknya berdamailah dengan segera agar ikatan lebih erat. Si suami mudah tersentuh jika si isteri bersungguh-sungguh untuk berbaik semula.

Kembali ke Atas