Tips Memujuk Bila Anak Mengamuk. Ibu Ayah Harus Baca Ini Sebagai Persediaan

The child in anger.

Apakah yang dimaksudkan dengan panas baran ?

Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lagi. Ia merupakan luahan kemarahan kanak-kanakdan kadang kala bercambur dengan rasa takut. Selalu berlaku pada kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.

Apakah tanda dan gejala panas baran ?

Tindak balas yang berlaku ialah :

  • Menangis
  • Menjerit
  • Menendang
  • Menghentak
  • Menahan nafas
  • Melontar benda atau barang

Apakah yang menyebabkan panas baran berlaku ?

Baran akan kelihatan apabila kanak-kanak itu;

  • Berasa letih, lapar atau tidak selesa
  • Tidak mendapat apa yang dikehendaki
  • Untuk mendapat perhatian

Bagaimana panas baran dapat ditangani ?

Ciri-ciri yang dapat membantu ialah :

  • Elakkan berada dalam keadaan yang menjurus ke arah panas baran tersebut jika boleh. Contoh : jauhkan daripada objek yang kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian kanak-kanak itu jika perlu.
  • Perlu diingat, terutama kepada kanak-kanak, layanan negatif (contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibu bapa) adalah lebih baik daripada tidak mendapat layanan.
  • Memberi penghargaan pada kelakuan yang baik adalah lebih elok daripada melayan kanak-kanak ketika dia baran.
  • Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika kita sendiri berada dalam keadaan tidak tenang.
  • Perlu bersikap tegas.
  • Cari penyebab berlakunya baran tersebut dan cuba selesaikan secara beransur – ansur.
  • Jika kanak-kanak itu mendapat baran disebabkan dia ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan dan jangan layan kehendaknya tetapi perlu diawasi supaya dia berada dalam keadaan selamat.
  • Masa rehat (Time out )

anak panas baran

Apa boleh dibuat jika panas baran masih menjadi-jadi ??

Jika panas baran menjadi lebih buruk, time out (masa rehat) sangat sesuai kepada kanak – kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun.

Pindahkan kanak-kanak itu dari tempat yang menjadikan dia baran dan letakkan dia di satu sudut di atas kerusi dalam jangka masa tertentu, beri dia masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk setiap tahun umurnya.

Lakukan begitu sehingga dia dapat mengawal baran dan dapat tenangkan perasaannya. Beritahu dia kenapa dia perlu berbuat demikian.

Bila kanak-kanak itu sudah selesai di beri masa rehat, jangan marah dia lagi, beri pujian kepadanya kerana ianya dapat menenangkan diri dan dapat mengawal dirinya sendiri.

Anak-anak anda pula bagaimana ?? boleh kongsikan cara memujuk anak ??

LIKE Pamapedia DI SINI 

 

Kembali ke Atas