Resepi Bergedil Berkhasiat Untuk Si Kecil
Bahan-bahan:
60 g (1/4 cawan) daging tanpa lemak, dikisar dan distim separuh masak
90 g (1 biji sederhana) ubi kentang, direbus dan dihancurkan
1 biji telur, dipukul
1 batang daun bawang, dicincang
Minyak untuk gorengan ringan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak:
Campurkan daging dan ubi kentang bersama.
Masukkan garam, lada sulah dan daun bawang.
Bentukkan kepada ketulan padat menjadi begedil.
Celupkan begedil ke dalam telur yang dipukul.
Masukkan begedil ke dalam kuali yang panas dengan segera dan goreng dengan api sederhana sehingga perang keemasan. Ia dapat memastikan begedil tidak hangus sebelum ia cukup masak.
Letakkan begedil yang sudah masak di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.
Hidangkan semasa panas.
Nutrient content per serving:
Kalori 34 kcal
Karbohidrat 2.0 g
Protein 1.6 g
Lemak 2.2 g
Sumber : ‘‘Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan, Jilid 1: Resipi Untuk Si Kecil Anda” terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia.