Resepi Kuah Kacang Lazat Menu Wajib Raya
Bahan-bahan:
1 kg kacang tanah
15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
2 keping gula melaka
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam secukup rasa
Bahan untuk hiris nipis:
14 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara:
- Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
- Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
- Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
- Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa.
- Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Tips: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Sumber : iresepi