Resepi Mudah Buat Play Doh Untuk Anak-anak. Sungguh Menjimatkan

Cara Buat Play-doh sendiri di rumah.

Bahan
2 Cawan – Tepung Gandum/Tepung All Purpose ( boleh ditambah sekiranya adunan lembik)
2 Sudu Besar – Minyak Sayuran
1/2 Cawan – Garam
2 Sudu Besar – Cream of Tartar
1.5 Cawan – air panas (masuk sikit-sikit sehingga dapat tekstur yang diinginkan)
Pewarna Makanan (1-2 titik sahaja)

– Campur Tepung, Garam, Cream of Tartar dan Minyak dalam satu bekas besar (mixing bowl)
– Campur air panas, Uli sehingga sekata Kalau rasa masih melekat , tambah lagi tepung kepada adunan.
– Biar adunan sejuk, bahagikan doh kepada 2 bahagian dan uli pewarna dalam doh.

Kembali ke Atas