Sedapnya Biskut Cheese. Resepi Langkah Demi Langkah Ini Mudah #Harus Cuba
Hujung minggu ini nak cuba masak benda baru ? Jom belajar buat biskut cheese. Tidak perlu membeli di luar sebab lepas ini boleh buat sendiri dan dapat berjimat.
Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
250 gram krim keju
1 paket biskut Cracker Original
1 kotak kecil susu segar
150 gram nestum
Cara-cara Menyediakan:
- Campurkan susu pekat bersama keju.
- Pukul sebati hingga kembang.
- Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.
- Susun rapat di dalam loyang empat segi.
- Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
- Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.
- Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan
Sumber: mingguan wanita