Boleh ke nak mohon jadi Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP)?

APA ITU Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP)?

Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) adalah satu skim di bawah Kementerian Kesihatan di mana skim ini membolehkan pesakit untuk mendapatkan kemudahan dan keselesaan rawatan di hospital Kerajaan sama seperti yang disediakan di hospital swasta dengan bayaran tambahan.

Antara hospital yang terlibat di dalam skim FPP ini ialah Hospital Putrajaya,Hospital Selayang, University of Malaya Medical Centre (UMMC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC).

fpp

Servis yang ditawarkan oleh Hospital yang menjalankan FPP ?

Servis atau kemudahan FPP ini amat terkenal di kalangan ibu-ibu di negara kita ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa hospital ini tidak terhad kepada ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan anak sahaja.

Antara servis atau rawatan lain yang boleh didapati di hospital ini di bawah skim ini adalah :

  1. Obstetrik & Ginekologi
  2. Ortopedik
  3. Pembedahan Am
  4. Otorhinolaringologi
  5. Anestesiologi
  6. Pengimejan
  7. Rehabilitasi
  8. Patologi
  9. Psikiatari
  10. Perubatan

Syarat-syaratnya adalah…

Pesakit FPP hendaklah bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan.

Faedah FPP ?

  • Boleh memilih pakar yang akan merawat anda (daripada temu janji pertama sehingga hari pembedahan)
  • Epidural (jika perlu)
  • Suami atau ahli keluarga dibenarkan masuk ke dalam wad bersalin (kecuali keadaan kecemasan)
  • Suami dibenarkan untuk tinggal bersama anda dan bayi (dalam bilik Single Bed)
  • Menu makanan yang pelbagai (Melayu, Cina, India, Barat dan Vegetarian)
  • Boleh pilih antara Bilik Kelas Pertama atau Bilik Eksekutif

fpp

Kadar Bayaran Rawatan & Waktu

  • Pendaftaran & Konsultasi sebagai pesakit FPP : RM110
  • Konsultasi Antenatal : RM60
  • Kos Bersalin : RM 2,000 – RM 5,000 (bergantung kepada jenis atau keadaan bersalin. Normal, Caesar, Forsceps, Breech dan Multiple Birthds).

Caj Katil bagi pesakit FPP

Kelas Perubatan/Pembedahan/Obstetrics dan Gynaecology
Executive
(katil single)
RM300 sehari
First Class
(katil single)
RM160 sehari
First class
(katil double)
RM130 sehari
First class
(4 katil)
RM80 sehari

FPP

Caj Lain

Teater Pembedahan RM250 sejam
Bilik Bersalin RM250 sejam
Bersalin RM401 hingga RM1,000
Epidural RM250
Anaesthesia RM600

Source: Hospital Putrajaya & Hospital Selayang 

http://www.babycenter.com.my/a1049430/cost-of-maternity-care-in-government-hospitals#ixzz4PTXRjxjI

Waktu Pendaftaran atau Rawatan : Hari Bekerja (8.00 pagi – 5.00 petang)

 

Dokumen PENTING PENDAFTARAN :

  1. IC/ Sijil Lahir / Visa / Passport
  2. Guarantee Letter (GL) daripada syarikat bekerja atau syarikat insuran yang menyatakan kelayakan
  3. Deposit
  4. Reference Letter / Kad Temu janji (Jika Ada)

Berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pesakit FPP? Hubungi FPP Hospital Putrajaya untuk penerangan lanjut di talian 03-83124316.

**Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkan Inner menyusu bagi persediaan masa akan datang, boleh klik SINI untuk dapatkan koleksi inner yang lawa & selesa seperti di bawah ini!

nursing-inner

Kembali ke Atas