Sedapnya Churros. Resepi Langkah Demi Langkah Ini Nampak Mudah Sekali. # Harus Cuba
Churros adalah sejenis pastri dari Sepanyol yang seakan-akan rasa donut dan sangat popular di Sepanyol, Perancis, Portugal dan Amerika Latin.
Bahan-bahan ( 2-3 org )
• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter
Cara-cara:
1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.
4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)
5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.
6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
7. Taburkan gula+cinnamon atau terus saja celup ke dalam coklat cair. Nyumm !!
Mudah saja kan !! Selamat Mencuba.
LIKE Pamapedia DI SINI