9 Tips eratkan Hubungan Ayah Dan Anak

9-TIPS-ERATKAN-HUBUNGAN-AYAH-DAN-SI-MANJA

 

Kelahiran si manja selalu membuat ayah excited, tapi waktu untuk bersama si manja singkat apabila ayah sibuk bekerja.

Kami berikan tips ringkas buat si ayah bagaimana untuk menguruskan masa dengan si manja.

SUSUKAN SI MANJA

Menyusukan si manja dalam kedudukan yang sama dengan ibu menyusukan anak.Dukung dan rapatkan pada dada agar si manja boleh melihat dan lebih mengenali si ayah

BERJAGA MALAM

Jika anda tidak selalu bersama si manja pada waktu siang, jadi penyelamat pada waktu malam. Apabila si manja menangis ayah boleh bangun dan berikan susu. Ini akan memberikan anda dan si manja masa berharga selain memberi peluang untuk ibu tidur dan berehat.

MEMUJUK SI MANJA

Walaupun si manja selalu ingin mendapatkan ibunya ketika menangis. Anda juga perlu cuba memujuk si manja seperti bernyanyi, bawa si manja berjalan di sekitar rumah ataupun buat muka lawak atau hodoh. Ini akan membuat si manja ketawa.

URUTAN BAYI

Si manja sangat sensetif dengan sentuhan. Ambil 10 – 15 minit untuk urutan lembut seperti mengusap kaki, perut dan leher si manja. Cara ini akan menenangkan dan merehatkan si manja anda.

MASA KHAS UNTUK BERMAIN

Luangkan masa setiap malam untuk bermain dengan si manja. Jadikan ia sebahagian daripada rutin hariannya, jadi apabila anda pulang dari kerja si manja sudah tahu masa bermain dengan ayahnya.

TUKARKAN LAMPIN

Menurut kajian, hanya 54% sahaja ayah yang menukar lampin. Ambil tanggungjawab ini kerana menukar lampin si manja akan merapatkan lagi hubungan ayah dan anak.

KEMAS RUMAH

Pakai baby career di belakang atau hadapan anda. Kemas rumah bersama-sama si manja seperti vakum atau sidai kain. Ini akan memberikan masa rehat untuk si ibu sambil dapat merapatkan hubungan dengan si manja.

AMBIL CUTI SAKIT

Apabila si manja tidak sihat, ambil cuti dan sentiasa berada di rumah. Bawa si manja berjumpa doktor untuk tahu tentang keadaan si manja dan perkembangannya.

TIDURKAN SI MANJA

Belajar tidurkan si manja. Tetapkan masa yang sesuai untuk tidur bersama. Si manja memerlukan masa tidur yang cukup. Jadi si manja boleh tidur walaupun tanpa ibu.

Kembali ke Atas