10 Manfaat Urutan Buat Si Manja Anda. Sudahkah Anda Mencuba?
Urutan secara lembut terhadap si manja dapat memberikan rasa selesa. Lihat 10 manfaat urutan buat si manja anda :
1) Ketenangan –
Bayi yang diurut lebih tenang. Sudah sifat semulajadi bayi yang baru dilahirkan amat memerlukan belaian dan sentuhan kasih sayang.Usapan dan urutan ditubuhnya dapat memberi ketenangan yang diperlukan oleh bayi.
2) Dapat membentuk jalinan kasih sayang antara Ibubapa dan bayi –
Melalui aktiviti urutan bayi ini, ibu dan bapa berpeluang berinteraksi bersama melalui usapan yg lembut dan penuh kasih sayang serta “eye contact” yang berlaku. Kasih sayang terhadap bayi dan anda akan menjadi semakin akrab.
3) Bayi tidur lebih lena –
melalui urutan ke atas bayi , memberikan bayi ketenangan, rasa selamat, selesa dan mendamaikan Ini dapat menjadikan tidur bayi lebih lena.
4) Meningkatkan sistem imun tubuh bayi –
melalui urutan bayi, tubuh nya merangsang sistem imun menjadi semakin kuat.
5) Merangsang Deria Bayi –
Urutan dan usapan yang diterima memperkuatkan lagi deria nya agar menjadi semakin tajam.
6) Memperbaiki kondisi Kulit bayi –
urutan yang di terima oleh tubuh nya dapat merangsang peredaran darad dibawah kulit yang sejurusnya menjadikan kulitnya semakin sihat.
7) Melancarkan Perjalanan Darah –
Urutan yang diterima oleh bayi merangsang dan melancarkan perjalana darahnya. Perjalanan darah yang lancar menjadikan bayi lebih sihat.
8) Melancarkan Sistem Penghadaman –
Apabila perjalanan darah menjadi lancar, seluruh sistem tubuh bertambah baik termasuk sistem penghadaman bayi. Ini dapat mengurangkan masalah kembung (colic) dikalangan bayi baru lahir kerana ketidakmatangan sistem penghadaman.
9) Menyeimbangkan pernafasan bayi –
Bayi baru lahir cenderung bernafas lebih laju. Urutan bayi dan sentuhan lembut membuatkannya lebih tenang dan bernafas dengan lebih baik.
10) Mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi –
Bayi yang baru tumbuh gigi akan berasa tidak selesa .Urutan bayi dapat , membantu memberi ketenangan dan mengurangkan kesakitan yang dialaminya.