Khasiat Pegaga

Pegaga bukan tumbuhan yang asing lagi bagi masyarakat melayu atau masyarat di Malaysia.

Tumbuhan ini telah dijadikan ulam dan makanan sejak dari nenek moyang kita lagi. Tambahan lagi,

Pegaga disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang

sangat penting untuk dipelihara dan ditanam. Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba

penyembuh tetapi ia lebih popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.

 

Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan masyarakat M elayu dan dijadikan

sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik dikalangan

masyarakat India. Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan

kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga

yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangk an cirit birit

kanak – kanak.

Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atau tuam untuk merawat

sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam.

Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser. Setengah-setengah orang mempercayai

bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandung bagi tujuan awet muda.

Sumber : IMPIANA

Kembali ke Atas