5 Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

5 Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Dianggarkan hampir 8.8 juta unit telefon pintar diimport ke Malaysia pada tahun 2016 yang mana kurang 5.9% daripada tahun 2015. Penurunan ini dikatakan dicetuskan oleh beberapa faktor ekonomi yang negatif. Walaupun ekonomi tidak menentu, penghantaran telefon pintar masuk ke Malaysia masih tinggi kerana permintaan oleh pengguna yang sentiasa ingin mengemaskini dan menaiktaraf gajet mereka kepada yang lebih baik seperti memori lebih besar, bateri tahan lebih lama, kualiti kamera dan sebagainya.

Namun, keuntungan dijana oleh penjual dan reseller semakin menurun kerana kejatuhan Ringgit Malaysia. Disebabkan oleh situasi ini, mereka terpaksa untuk lebih fokus menjual jenama yang memberikan keuntungan tinggi dan juga popular di kalangan pengguna, termasuklah Samsung dan jenama dari China seperti Vivo, OPPO dan Huawei. Pengguna yang mementingkan bajet cenderung memilih jenama yang terkenal secara global disebabkan inisiatif pemasaran yang sangat agresif dan telefon bimbit dengan spesifikasi tinggi, seperti OPPO.

 

5. Apple

Jumlah unit 2015 : 865,000 unit

Jumlah unit 2016 : 715,000 unit

Pasaran Malaysia 2016 : 8.1%

Pasti ramai yang menyangkakan Apple akan berada di tangga pertama atau kedua senarai ini, namun tidak mengejutkan jika Apple berada di tangga ke-5 telefon bimbit paling popular dan paling laris di Malaysia. Antara faktor utama perkara ini adalah kerana harganya yang sangat mahal, yang membuatkan ia tidak menjadi pilihan mereka yang berpendapatan rendah.

Jumlah penghantaran iPhone tertinggi dicatatkan pada suku ke-4 2016 iaitu sebanyak 351,000 unit kerana ketika itu iPhone 7 dan 7 plus baru sahaja dilancarkan. Populariti iPhone di Malaysia boleh dikatakan agak merosot jika dilihatkan kepada statistik di mana terdapat penurunan unit sebanyak 150,000 pada tahun 2016 berbanding 2015.

 

4. Asus

Jumlah unit 2015 : 1.484 unit

Jumlah unit 2016 : 715,000 unit

Pasaran Malaysia 2016 : 9.6%

Syarikat pengeluar telefon pintar dari Taiwan ini mula menjadi pilihan rakyat Malaysia. Telefon pintar model Zenfone 2 menaikkan nama Asus di Malaysia dan menjadi antara model Asus paling berjaya. Namun, Zenfone 3 yang sepatutnya menyambung kejayaan Zenfone 2 itu gagal memberikan impak, kerana dikatakan kurang tarikan, menyebabkan Zenfone 2 dilancarkan semula.

Kuantiti unit jenama Asus dibawa masuk ke Malaysia menurun dengan mendadak sebanyak 43.3% daripada tahun 2015, iaitu sebanyak 1,484 juta unit.

3. Huawei

Jumlah unit 2015 : 799,000 unit

Jumlah unit 2016 : 852,000 unit

Pasaran Malaysia 2016 : 9.7%

Beberapa tahun lalu, Huawei tidak dikenali sebagai pengeluar telefon pintar, namun ia mula menarik perhatian pengguna di Malaysia. Pemangkin kejayaan Huawei dalam menjadi antara telefon pintar yang paling popular dan laris di Malaysia adalah disebabkan model Huawei P9 yang menjadi bualan hangat. Teknik pemasaran yang efektif Huawei P9 dengan kamera dua fungsi membuatkan ia kekal popular dalam pasaran walaupun hampir setahun dilancarkan.

Jumlah unit yang masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2016 meningkat daripada tahun 2015 dengan perbezaan sebanyak 53,000 unit.

2. OPPO

Jumlah unit 2015 : 549,000 unit

Jumlah unit 2016 : 916,000 unit

Pasaran Malaysia 2016 : 10.4%

Berada di tangga ke-2 senarai ini, jenama dari China ini telah memberikan impak kepada pasaran Malaysia dalam masa yang sangat singkat. Pemasaran yang sangat agresif terutamanya model F1s yang menggunakan khidmat pelakon paling terkenal di Malaysia, Nora Danish telah membuahkan hasil. Anda boleh lihat papan iklan OPPO di mana-mana sahaja. Dengan bentuk yang sangat cantik dan spesifikasi yang agak hebat, serta yang paling penting harga yang tidak terlalu mahal, membuatkan ia menjadi antara jenama telefon yang paling laris di Malaysia.

 

Jika dilihatkan kepada statistik di atas, ternyata pertumbuhan pasaran OPPO di Malaysia meningkat dengan mendadak, dengan hampir 2 kali ganda pada tahun 2016 berbanding 2015.

1. Samsung

Jumlah unit 2015 : 2.574 juta unit

Jumlah unit 2016 : 3.017 juta unit

Pasaran Malaysia 2016 : 34.3%

Sudah dijangkakan, Samsung menggungguli carta telefon paling popular dan terlaris di Malaysia. Ia bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Walaupun model Note 7 menjadi kontroversi akibat kegagalan teknikal, namun Samsung masih berdiri teguh dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Taktik pemasaran Samsung dengan mengeluarkan model bersiri Galaxy J sangat bijak dan telah memberikan impak yang sangat besar kepada pasaran Malaysia.

Ia menjadi tarikan pengguna yang berpendapatan sederhana dan bajet rendah. Ia adalah satu perkara yang tidak ada pada musuh tradisinya, Apple. Di saat Apple seolah-olah semakin merosot dari segi populariti, Samsung menggunakan peluang ini untuk melebarkan sayap.

34.4% daripada pasaran telefon pintar di Malaysia dipelopori oleh Samsung iaitu sebayak 3.017 juta unit, lebih daripada 3 kali ganda jumlah yang dicatatkan pencabar terdekatnya ketika ini, OPPO dengan 10.4%

Sumber : Technave

 

Kembali ke Atas