9 Perkara Mengejutkan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi

9 Perkara Mengejutkan Mandi Air Sejuk Setiap Pagi

Mungkin ramai di antara anda yang ada masalah untuk mandi dengan air sejuk setiap pagi.

Disebabkan takut menggigil atau tak tahan sejuk, air panas menjadi pilihan di waktu pagi.

Tapi itu yang anda tidak tahu tentang kebaikan dan kelebihan mandi air sejuk setiap pagi. Ia merupakan terapi untuk mengubati banyak penyakit.

1. MENINGKATKAN IMUNISASI BADAN

Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada pada badan.

2. MELANCARKAN ALIRAN DARAH

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Arteri yang mengecut membolehkan aliran darah mengalir lebih lancar.

3. MENGAWAL SUHU BADAN

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal haba dalam badan dan mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk.

4. MEMBANTU UNTUK KURUS

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan.

5. MENGURANGKAN TEKANAN PERASAAN

Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang “titik biru” pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline membantu mencegah tekanan perasaan.

6. MENGUATKAN PERNAFASAN

Perasan tak, tiap kali anda mandi air sejuk, anda akan tarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru.

7. MENJADIKAN KULIT & RAMBUT LEBIH SIHAT

Air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat.

8. MENINGKATKAN TENAGA

Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan

9. MENINGKATKAN PENGHASILAN HORMON

Lelaki tidak boleh terdedah kepada panas berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan.

Sumber : Hanasuva

Kembali ke Atas