Apa Boleh Kita Lakukan Bila Anak Mengigau Malam. #6 Paling Penting
Haris risau melihat anaknya Nuqman yang kerap meracau ketika tidur, malah pernah juga Nuqman bangun menjerit serta menumbuk-numbuk bantalnya.
Mengigau atau bercakap dan meracau semasa tidur biasa terjadi kepada kanak-kanak malah ada juga pada orang dewasa, ada juga yang mengigau sehinggakan bangun dan berjalan sendiri.
Menggigau biasanya berlaku pada anak berusia 2-6 tahun, ianya boleh berlaku apabila :
1. Anak sangat PENAT sebelum tidur.
2. Melalui pengalaman yang menyeramkan atau membuatnya terkesan atau terlalu gembira, misalnya masih dihantui rasa takut selepas menonton cerita seram atau trauma selepas kemalangan atau kehilangan insan terdekat.
3. Anak sedang memendam perasaan tertentu seperti marah atau takut. Anak mungkin baru sahaja dimarahi ibu atau ayah semasa siang harinya, atau dipukul atau dibuli dan diejek rakan.
4. Sedang demam panas.
<
Antara langkah segera yang boleh diambil oleh ibu-bapa :
1. Buat anak merasa tenang sebelum tidur misalnya bacakan kisah-kisah yang positif dan gembira, kisah-kisah nabi dan lain-lain.
2. Bawa berbual dengan anak, sembang santai mengenai perkara yang gembira. Ada anak akan sedia meluahkan rasa takut atau menyedihkan yang disimpan dalam hati.
3. Usah kejutkan atau lebih bahaya goncang badan anak ketika dia menggigau, cara yang lebih berkesan adalah dengan membuat anak merasa tenang dengan menyentuh, menepuk lembut atau memeluk anak.
4. Alihkan posisi tidur agar lebih selesa. Ada anak yang lebih lena apabila ditidurkan meniarap.
5. Ajak anak membersihkan diri sebelum tidur, membaca doa tidur bersama-sama.
6. Latih anak bersedia untuk tidur dengan gembira bukannya dengan gertak dan herdik menyuruh mereka masuk tidur.
Kebiasaannya mengigau akan hilang dengan bertambahnya usia anak. Sekiranya masih berlarutan, bawalah anak anda berjumpa pakar bagi mendapatkan pemeriksaan dan penjelasan.
LIKE Pamapedia DI SINI