Apa Itu Morning Sickness Dan Cara Menangani
Morning sickness atau mabuk hamil sering berlaku pada awal kehamilan. Kebanyakkan berlaku seawal 5 minggu pertama dan berakhir lewat minggu ke 16. Menurut kajian 8 daripada 10 wanita hamil mengalami morning sickness. Ianya berlaku apabila anda berasa tidak sihat dan mual menyebabkan berasa tidak sihat.
Morning sickness kerap berlaku pada waktu pagi dan juga boleh berlaku pada waktu petang atau malam. Jika anda tidak menangani dengan betul ianya akan menjejaskan aktiviti harian anda.
Morning Sickness Menyebabkan Murung?
Wanita yang menghidapi morning sickness secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang faham apa yang mereka lalui. Namum Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan baru. Adalah tanggung jawab suami dan keluarga terdekat untuk selalu memberi semangat dan mengambil berat tentang mereka.
Adakah Morning Sickness Menjejaskan Kandungan?
Morning sickness tidak mengancam kandungan anda. Kecuali jika anda tidak makan dan minum atau terlalu melayan rasa tidak sihat itu akan mengangu tumbesaran bayi anda. Makan makanan seimbang yang anda mampu pada ketika itu.
Cara-cara Menangani Morning Sickness
- Jika anda mengalami morning sickness sebaik bagun tidur. Jangan terus berdiri. Berehat dulu dan cuba makan sesuatu yang manis atau masam untuk mengurangkan rasa loya.
- Jangan biarkan perut anda kosong. Jika kurang selera makan cuba makan buah-buahan atau keropok untuk mengalas perut.
- Elakkan makanan yang terlalu berempah, pedas atau berangin.
- Makan dan minum mengikut turutan. Elakkan makan dan minum secara serentak kerana boleh menyebabkan loya.
- Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
- Namun setiap orang mempunyai simptom yang berbeza. Ambil ubat tahan muntah jika perlu.
Jom Sertai Embracing Motherhood : Basic to Breastfeeding and Babywearing