Cara Agar Rajin Solat Malam

6 Cara Agar Rajin Solat Malam

Solat malam adalah solat sunat yang dilakukan pada malam hari. Solat malam dianjurkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Bahkan Nabi menganjurkan pada dirinya sendiri untuk istiqomah dalam menjalankan solat malam setiap hari. Kerana mengerjakan solat malam merupakan ibadah sunah yang paling utama setelah shalat fardhu.

Semua umat muslim yang telah memenuhi solat fardhunya pasti akan berlumba-lumba untuk menjalankan shalat malam.

Namun tak semudah itu umat muslim menjalankan solat malam, banyak godaan-godaan syaitan yang dapat mengurungkan niat agar tidak melaksanakan solat malam.

Sedangkan kita sebagai umat muslim bagaimana cara agar kita dapat rajin menjalankan shalat sunah malam?

1. Niat yang Baik dan Ikhlas
Niat yang baik akan memantapkan hatinya untuk menjalankan solat malam sebagai ibadah shalat sunah yang diajurkan. Niat yang baik itu niat yang seperti apa? Niatkan pada diri sendiri untuk mencari keredhaan Allah SWT dalam menjalankan setiap ibadah.

Allah memang menciptakan manusia untuk menyembah pada-Nya, tidak salah jika umatnya memohon serta meminta apa yang diinginkan mereka sedangkan Allah yang memutuskan akan dikabulkan atau tidak doa umatnya sebab Allah Maha mengetahui pantas dan tidak sesuai untuk umatnya.

Pasrahkan semua keputusan pada Allah, nescaya akan mendapat keredhaan-Nya. Jadi niatkan pada diri sendiri bahawa menjalankan ibadah tidak semata-mata untuk meminta keinginan tapi mengharap ridhonya sehingga dengan niat yang ikhlas solat sunnah malam akan menjadi pekerjaan yang ringan untuk dikerjakan.

2. Elakkan Perbuatan Maksiat
Perbuatan maksiat dapat menjauhkan kita daripada Allah SWT, jika kita melanggar larangan Allah SWT nescaya kita sedikit demi sedikit akan dikeraskan hatinya.

Secara tidak sedar kita akan menolak hal-hal yang diperintahkan untuk umat muslim sehingga tidak hanya sunnah yang akan ditinggalkan melainkan solat wajibpun akan ditinggalkan. Jadi hindarilah perbuatan maksiat agar kita tidak jauh dari Allah SWT bahkan akan lebih dekat dengan ditambahnya solat sunat malam.

3. Berprasangka Baik
Elakkan penyakit hati dengan berprasangka baik pada orang lain. Kenapa demikian? Penyakit hati datangnya dari padangan kemudian kepikiran lalu kehati.

Sama seperti perbuatan maksiat, hati seseorang akan menjadi keras sehingga tidak mau menerima hal-hal baik dari orang lain jika kita mempunyai penyakit hati maka keraslah hati kita. Akhirnya kita tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan Allah SWT kerana kita merasa yang paling benar.

Jadi, jangan berfikiran buruk pada orang lain sebab orang buruk mungkin saja kita lebih buruk dari orang tersebut dengan kita merasa lebih buruk orang yang sepatutnya lakukan adalah memperbaiki dan lebih mendekatkan diri pada Allah dengan cara mennjalankan solat sunah.

4. Takut Pada Allah SWT


Orang yang takut pada Allah SWT maka akan menjalankan semua perintah Allah SWT dan tak akan pernah melewatkannya. Mereka akan mengusahakan agar mereka dapat menjalankan perintah baik wajib maupun sunah.

5. Mengetahui Keutamaan Sholat Sunnah Malam Hari


Tak kenal maka tak sayang, peribahasa tersebut boleh dilaksanakan agar kita dapat rajin menjalankan solat sunat malam.

Orang yang tak mengenal keutamaan solat sunnah malam maka orang tersebut tidak akan berjalan, maka ketahuilah keutamaan solat sunnah malam sehingga kalian akan jatuh hati pada solat sunah sehingga ingin menjalankannya.

6. Tidur Lebih Awal
Tidur lebih awal akan membantu kalian dalam menjalankan shalat sunnah malam. Memulakan tidur akan lebih baik untuk kesihatan, sehingga ketika bangun tidur badan akan lebih segar dan membantu niat kita untuk menjalankan shalat sunah malam.

Kembali ke Atas