Mungkin agak sukar untuk menyuruh anak anda untuk menahan lapar separuh hari di bulan Ramadhan, tetapi anda boleh mulakan ia dengan beberapa tips untuk mengajak anak berpuasa.
• Masaklah makanan kegemaran mereka sewaktu berbuka puasa.
• Kejutlah anak untuk bersahur walaupun mereka mengeluh mengantuk.
• Jangan biarkan anak terlalu aktif bermain untuk mengelakkan mereka keletihan.
• Elakkan memberi makan anak yang masih kecil dihadapan anak yang lain.
• Jangan terlalu memaksa mereka untuk terus berpuasa, biarlah mereka berbuka jika tidak larat.
• Latih mereka sedikit demi sedikit agar mereka biasa untuk berpuasa dan jadikan ia amalan yang menyeronokkan.
• Terangkan kepada mereka tentang kebaikan berpuasa agar mereka memahami tujuan melakukanya.
Like fanpage kami untuk perkongsian terkini dari tim Pamapedia. Isikan maklumat Nama dan E-mel dibawah untuk langganan newsletter mingguan kami. Terima kasih!