TIPS LANCARKAN PENGALIRAN SUSU UNTUK IBU YANG NAK DEKAT BERSALIN

Mommies yang dah dekat due nak bersalin atau sudah masuk minggu 37-40 sudah boleh amalkan beberapa tips ini supaya nanti bila bersalin InsyaAllah susu lancar keluar untuk baby
 
1. Urut lembut / tuam dengan tuala suam selepas mandi
 
2. Guna sikat yang kecil ( macam sikat selalu dapat free di hotel tu) dan sikat perlahan pada payudara dari atas ke hujung ( tak perlu sikat bahagian puting ) . Ini untuk stimulate urat susu dan bantu hilangkan urat tersimpul sekiranya ada)
 
3. Selepas bersalin – JANGAN MAKAN MILKBOOSTER / JAMU TAMBAH SUSU di awal kelahiran bayi
 
Haa..ini penting supaya pengeluaran susu adalah secara semulajadi dan mengikut demand anak. Semua Ibu ada susu. Cuma lambat cepat dan sikit banyak sangat bergantung pada kekerapan menyusu di awal kelahiran bayi. Ibu yang ada masalah kurang darah pula jangan lupa ambil vitamin seperti Vit C dan Zat Besi atau continue OBIMIN supaya susu dapat dihasilkan dan berkhasiat untuk baby.
 
4. Susu keluar pada hari ketiga selepas melahirkan– Ibu jangan stress takde susu masa mula-mula bersalin. Ada setitik dua itu pun mencukupi untuk perut bayi yang sangat kecil. Yang penting kerapkan beri susu setiap 2 jam, kejut baby tu kalau dia tidur. Ini elok untuk stimulate pengeluaran susu ibu dan juga membantu mengecutkan rahim ibu
 
5. Urut Susu – Boleh ikhtiar urut susu untuk melancarkan pengeluaran susu. Carilah bidan/ tukang urut yang berpengalaman dalam hal ini, tak semua pandai mencari urat susu. Memang masa urut, boleh keluar susu dari habagian yang selama ini tersumbat/tak ada susu keluar…memang nak nangis kegembiraan bila nampak susu keluar
 
6. Banyakkan minum air– lupakan amalan berpantang yang memudaratkan diri ibu. Mana mungkin susu nak banyak kalau ibu tak minum air yang banyak..minum apa yang ibu selesa dan sebaiknya di awal kehamilan banyakkan minum yang suam-suam, sebab akan rasa selesa sangat perut
SELAMAT BERSALIN & SELAMAT BERPANTANG ! 
Kembali ke Atas